Penempatan Di Negara Ketiga

Sebagai respons kepada Perintah Kawalan Pergerakan dan nasihat kesihatan awam yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia, kebanyakan perkhidmatan UNHCR, termasuk penempatan di negera ketiga, dijalankan secara dalam talian (melalui panggilan telefon atau video) untuk melindungi kesihatan pelarian serta kakitangan UNHCR.

Perjalanan antarabangsa telah terjejas teruk oleh COVID-19, yang turut menjejaskan perlepasan pelarian yang diterima, termasuk mereka yang berada di Malaysia.

Walaupun perubahan ini telah mengakibatkan temu duga secara dalam talian, kriteria dan proses kelayakan penempatan di negara ketiga adalah sama.

  • Penempatan di negara ketiga bukan hak. Pendaftaran atau pemberian status pelarian oleh UNHCR tidak bermakna seseorang individu akan dihantar untuk penempatan di negara ketiga.
  • Penempatan semula kekal sebagai alat perlindungan untuk pelarian yang sangat berisiko. Pengenalpastian individu yang berpotensi untuk penghantaran penempatan di negara ketiga diteruskan berdasarkan keperluan perlindungan individu.
  • Penghantaran kes untuk pertimbangan penempatan semula adalah bergantung kepada banyak faktor, termasuk tahap keseriusan keperluan perlindungan individu, persekitaran perlindungan, kedudukan negara tuan rumah dan ketersediaan tempat penempatan di negara ketiga.

Jika anda dikenal pasti untuk penempatan di negara ketiga, Unit Penyelesaian Kekal (DSU) akan menghubungi anda melalui telefon, jika maklumat tambahan diperlukan untuk melengkapkan penilaian kelayakan pemprosesan penempatan di negara ketiga.

Temuduga Penempatan Di Negara Ketiga

Jika anda dikenalpasti layak untuk pemprosesan penempatan di negara ketiga, anda akan dipanggil untuk temuduga atas talian. Secara prinsipnya , semua temuduga berlaku secara atas talian atau melalui telefon. Dalam keadaan luar biasa, anda akan menerima jemputan untuk temu duga di pejabat UNHCR jika SOP COVID membenarkan. Semasa panggilan, anda boleh memberitahu Unit Penyelesaian Kekal (DSU) jika anda tidak mahu meneruskan temu duga secara atas talian. Ia tidak akan menjejaskan pertimbangan UNHCR untuk pemprosesan penempatan di negara ketiga anda.

Semasa temuduga penempatan di negara ketiga, staf UNHCR akan menerangkan tujuan panggilan dan gambaran keseluruhan proses penempatan di negara ketiga. Anda perlu mengesahkan sama ada anda berada di tempat yang selamat di mana privasi dan maklumat sulit anda terlindungi. Panduan akan diberikan jika terdapat keperluan untuk anda menyerahkan dokumen anda kepada UNHCR.

Tolong jangan rakam audio atau video temuduga penempatan di negara ketiga anda. Ini akan melanggar kerahsiaan dan dipandang serius oleh UNHCR.

Selepas Temuduga Penempatan Di Negara Ketiga

Selepas temuduga penempatan di negara ketiga, situasi anda akan disemak dengan teliti dan keputusan akan dibuat sama ada permohonan akan dibuat kepada negara yang menyediakan penempatan di negara ketiga untuk pertimbangan mereka.

Jika anda sudah menjalani temu duga penempatan di negara ketiga dengan UNHCR dan mempunyai soalan atau ingin mengemas kini maklumat, seperti. pertukaran komposisi/ keadaan keluarga, sila hantar e-mel ke mlsludsu@unhcr.org. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa UNHCR tidak dapat membalas e-mel secara individu kerana kami menerima m jumlah e-mel yang banyak. Tolong jangan hantar e-mel yang sama beberapa kali kepada UNHCR kerana ia akan melambatkan lagi pemprosesan.

Jika kes anda dihantar untuk penempatan di negara ketiga, sama ada Unit Penyelesaian Kekal (DSU) atau negara penempatan di negara ketiga akan menghubungi anda untuk memberikan maklumat lanjut.

Negara ketiga akan memutuskan sama anda akan diberikan penempatan di negara ketiga atau tidak mengikut dasar dan undang-undang mereka.

Jika penyerahan dibuat kepada Amerika Syarikat, anda boleh menyemak status pemprosesan anda dengan Pusat Sokongan Penempatan di Negara Ketiga / Resettlement Support Centre (RSC) di bawah.

E-mel: KL.Inquiries@rescue.org

Telefon: +603 2141 5846

Faks: +603 2144 8716

Laman web CASI.

Jika penyerahan dibuat ke Kanada, anda boleh menyemak status kes anda menggunakan borang di web Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan Kanada (Immigration, Refugees and Citizenship Canada).

Urusan Pra-Perlepasan dan Perjalanan ke Penempatan di Negara Ketiga

Banyak negara masih mengenakan sekatan perjalanan untuk mengehadkan kemasukan orang bukan warga negara akibat wabak COVID. Selain itu, langkah saringan perubatan tambahan untuk kemasukan ke negera telah dilaksanakan untuk menguruskan risiko wabak COVID-19. Walaupun sebilangan kecil perlarian yang diterima dapat melakukan perjalanan ke negara ketiga, ketika ini masih terdapat penangguhan untuk perlepasan ke seluruh dunia. Negara penempatan di negara ketiga kekal komited untuk menerima perlarian dan perjalanan antarabangsa dijangka akan disambung semula secara beransur-ansur apabila wabak ini reda.

Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) bertanggungjawab mengatur urusan pra-perlepasan yang diperlukan, termasuk pemeriksaan perubatan dan orientasi budaya, serta urusan perjalanan untuk perlarian yang diterima ke negara ketiga. Jika anda telah diterima oleh negara penempatan di negara ketiga, IOM akan menghubungi anda sebaik sahaja arahan perjalanan tersedia. Jika anda telah diterima untuk penempatan di negara ketiga dan mempunyai soalan tentang urusan perjalanan pra-perlepasan anda, anda boleh hubungi IOM Kuala Lumpur di iomkulinq@iom.int atau hubungi +603 923 5540.

Anda Ada Soalan?

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Penempatan Di Negara Ketiga.