Soalan Lazim (FAQ) Penempatan Di Negara Ketiga

Selamat Datang ke Soalan Lazim (FAQ) Penempatan Di Negara Ketiga. Di sini, anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang proses penempatan di negara ketiga, termasuklah senario-senario berkaitan dengan penempatan di negara ketiga.

Mendapatkan Maklumat Umum dan Khusus Kes Mengenai Penempatan di Negara Ketiga

Where do I find information about third country resettlement within UNHCR’s mandate?

Buku Panduan Penempatan Di Negara Ketiga UNHCR memberikan maklumat terperinci mengenai dasar dan praktis penempatan semula UNHCR. Di dalam setiap Bab Negara, Negara-Negara Ketiga juga telah menghuraikan dasar-dasar dan program mereka. Buku Panduan Penempatan Di Negara Ketiga ini adalah dokumen umum.

How do I contact the Durable Solutions Unit to discuss about my case?

Anda tidak perlu pergi ke pejabat UNHCR, menghantar surat, faks ataupun emel. Namun begitu, adalah penting untuk anda memastikan maklumat peribadi anda – nombor telefon (nyatakan juga sama anda akan menggunakan WhatsApp) dan emel – dikemas kini dengan UNHCR untuk memastikan kami boleh mengatur temujanji bersama anda jika perlu.

Kelayakan dan Proses Untuk Penempatan Di Negara Ketiga

After my registration interview, how long will it take for me to be recognized and resettled?

Individu yang berdaftar dengan UNHCR akan melalui proses penentuan status pelarian, di mana penilaian terperinci terhadap keperluan perlindungan antarabangsa individu tersebut akan dijalankan sebelum keputusan dibuat untuk mengenalpasti sama ada mereka adalah pelarian. Hanya individu-individu yang ditentukan sebagai pelarian oleh UNHCR sahaja boleh dipertimbangkan untuk penempatan di negara ketiga. Waktu pemprosesan untuk penentuan status pelarian dan penempatan di negara ketiga, jika berkenaan, adalah berbeza untuk setiap kes. Pendaftaran atau pemberian status pelarian oleh UNHCR tidak bermakna seseorang individu akan dihantar untuk penempatan di negara ketiga.

I have received my refugee card. When will I be called for resettlement interview?

Jika anda mempunyai kad pelarian, ia tidak bermaksud anda akan dikenalpasti secara automatik untuk penempatan di negara ketiga. Tempoh penginapan di Malaysia juga tidak bermaksud pelarian tersebut akan dikenalpasti untuk penempatan di negara ketiga. ‘Kategori Permohonan’ penempatan semula diterangkan di Bab 6 di dalam Buku Panduan Penempatan Di Negara Ketiga UNHCR. Akibat kuota penempatan semula yang terhad, kes akan diutamakan untuk penempatan di negara ketiga mengikut tahap kesegeraan dan keterukan keperluan perlindungan dan penempatan semula.

I have completed my resettlement interview. When will I be called for my interview with the resettlement country?

Temuduga penempatan di negara ketiga bertujuan untuk menilai kes anda untuk penempatan semula. Selepas temuduga penempatan di negara ketiga, kes anda akan disemak semula sebelum keputusan dibuat bagi menentukan sama ada ia patut diserahkan untuk penempatan semula. Masa yang diambil untuk proses ini adalah berbeza untuk setiap kes. Jika kes anda dihantar kepada Amerika Syarikat, Pusat Sokongan Penempatan di Negara Ketiga / Resettlement Support Centre (RSC) akan menghubungi anda untuk memaklumkan tarikh temuduga anda dengan RSC. Untuk negara selain daripada America Syarikat, UNHCR ataupun Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi / International Organization for Migration (IOM) akan menghubungi anda bagi pihak negara ketiga untuk memberi maklumat tentang tarikh temuduga anda bersama kakitangan negara ketiga.

I received a letter to inform me that I am currently not eligible for resettlement. What does this mean and what should I do?

Ini bermaksud buat masa ini, UNHCR tidak boleh merujuk kes anda kepada negara ketiga. Ini tidak bermaksud status pelarian anda telah bertukar. Anda masih akan menerima perlindungan antarabangsa dan khidmat bantuan daripada UNHCR.

I received a call from the Durable Solutions Unit (DSU) informing me that my case is ‘on hold’ for resettlement. How can I get more information?

Untuk melindungi kerahsiaan, UNHCR tidak boleh menjelaskan kepada setiap individu kenapa kes mereka tertangguh. Kes boleh tertangguh atas pelbagai sebab. Namun begitu, setelah isu tersebut dinilai sepenuhnya, dijelaskan dan diselesaikan, proses penempatan di negara ketiga boleh disambung semula. Jika anda pergi ke pejabat UNHCR ataupun bertanya tentang kes anda dengan kerap, ini tidak akan mengubah apa-apa dan tidak akan membantu kes anda untuk bergerak dengan lebih cepat.

Why is my resettlement process taking so long?

Penempatan di negara ketiga adalah proses yang memakan masa lama untuk semua pihak yang terlibat. Waktu pemprosesan adalah berbeza untuk setiap negara akibat undang-undang imigresen, keutamaan dan sumber-sumber yang berbeza, dan ini membuatkan ia susah untuk diramalkan. Isu-isu seperti kelahiran, perkahwinan, kehamilan, penceraian dan hak penjagaan, pendaftaran, dan kematian juga perlu dinilai dengan betul dan diselesaikan sebelum penempatan di negara ketiga.

Tentang Negara Ketiga

During the resettlement interview, can I ask to which country my case will be submitted?

Ya, anda boleh tanya. UNHCR mengambil kira keinginan keluarga anda dan juga kriteria-kriteria setiap negara ketiga. Maklumat ini akan membantu UNHCR untuk memilih negara ketiga yang sesuai untuk keluarga anda.

Can I request for resettlement to my country of choice?

Walaupun UNHCR mengambil perhatian terhadap negara ketiga yang diutamakan oleh pihak pelarian, keputusan muktamad untuk pemilihan negara kekal dengan UNHCR. Untuk membuat keputusan itu, UNHCR juga mengambil kira keperluan khusus para pelarian dan juga hubungan keluarga.

Can I reject a resettlement country chosen for me? What happens to my case after I reject the offer?

Jika anda memilih untuk tidak dipertimbangkan bagi penempatan semula di negara tertentu, ada risiko yang anda akan dikecualikan daripada proses penempatan di negara ketiga selanjutnya. Jika anda sudah ditemuduga oleh negara ketiga dan kes anda sudah diterima, kemudian anda menarik balik kes anda, UNHCR akan menasihati anda tentang implikasi dan akibat penarikan diri – UNHCR mungkin tidak boleh menghantar kes anda sekali lagi ke negara pilihan anda.

Senario-Senario Khusus Penempatan di Negara Ketiga

My case was submitted to the United States of America for resettlement. I was involved in identity fraud in 2012. I confessed and my case was put on hold. When will I be interviewed and resettled?

Mereka yang terlibat di dalam penipuan identiti telah ditemuduga pada Mac dan April 2019 oleh pegawai-pegawai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat / US Department of Homeland Security (DHS). Untuk maklumat lanjut mengenai kes anda, sila hubungi Pusat Sokongan Penempatan di Negara Ketiga / Resettlement Support Centre (RSC) melalui telefon di +603 2141 5846 ataupun melalui emel di KLInquires@rescue.org.

I have completed my medical screening but have been asked by the International Organization for Migration (IOM) to go for another screening. Why?

Negara-negara ketiga memerlukan pemeriksaan perubatan yang telah dikemas kini bagi semua pelarian. Sebelum perlepasan, pihak pelarian mungkin akan melalui lebih daripada satu pemeriksaan, terpulang kepada dasar-dasar negara ketiga.

My family is still waiting for a durable solution. Can I proceed with my resettlement process? What will happen to my family? Will UNHCR help to reunite my family in the resettlement country?

UNHCR menggalakkan penyatuan semula keluarga dan pemulihan perhubungan, dan tidak akan memisahkan keluarga. Ia adalah penting untuk anda memaklumkan kepada UNHCR tentang mana-mana ahli keluarga yang belum didaftar. Kaunseling juga akan diberikan kepada keluarga tersebut untuk menasihatkan mereka tentang implikasi dan akibat keputusan ini.

If I am married to a non-refugee, can my spouse and children get a UNHCR card and be resettled with me?

Penempatan di negara ketiga untuk pelarian yang berkahwin dengan pihak yang bukan pelarian tidak akan diutamakan oleh UNHCR. Jika anda berkahwin dengan pihak bukan pelarian, anda mungkin berhak untuk dapat status pemastautin ataupun kewarganegaraan di negara pasangan anda. Perkahwinan dengan pasangan bukan pelarian akan dinilai dengan teliti oleh UNHCR untuk melihat pilihan yang sedia ada bagi individu tersebut dan juga situasi ahli keluarga, sebelum mereka dipertimbangkan untuk penempatan di negara ketiga. Jika pasangan anda adalah warga Malaysia, Unit Penyelesaian Kekal (DSU) akan merujuk kes anda kepada Unit Pelindungan, yang mungkin akan menyemak prospek anda dan anak-anak anda untuk menjadi warganegara.

I am in a polygamous marriage. Can my wives be resettled with me?

Poligami adalah salah di sisi undang-undang di hampir semua negara ketiga dan jika pihak pelarian berniat untuk meneruskan perkahwinan poligami itu, mereka tidak boleh ditempatkan di negara ketiga. Setiap keluarga akan diberi kaunseling oleh UNHCR mengenai prospek mereka untuk ditempatkan di negara ketiga dan keluarga tersebut boleh mempertimbangkan pilihan yang paling sesuai untuk pasangan dan anak-anak mereka.

I have been rejected by a resettlement country. What will happen next?

Kes anda tidak akan diserahkan secara automatik kepada negara ketiga yang lain. Namun begitu, UNHCR akan membuat penilaian semula mengikut kes demi kes, sambil mengambil kira sebarang keperluan khusus keluarga anda. Akibat kriteria-kriteria yang berlainan untuk setiap negara ketiga, anda tidak boleh menganggap yang jika anda ditolak oleh sebuah negara, anda anda diterima pula oleh negara yang lain.

I have been offered both a sponsorship programme and a resettlement opportunity through UNHCR. If I choose the sponsorship programme, can I give my resettlement space to my other family members or community members?

Penyerahan untuk penempatan di negara ketiga bagi setiap individu atau keluarga ditentukan oleh penilaian yang mengisytiharkan mereka memerlukan penempatan semula. UNHCR tidak akan menghantar kes keluarga yang memiliki akses kepada penyelasaian kekal yang lain untuk penempatan di negara ketiga.