Mendaftarkan Anak Anda

Jika anda baru melahirkan bayi, anda boleh mendaftarkan anak anda dan mendapatkan sijil kelahiran mereka di mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Tiada bayaran dikenakan jika anda mendaftarkan bayi anda di JPN dalam tempoh 60 hari selepas bayi dilahirkan. Selepas 60 hari, anda akan dikenakan bayaran untuk pendaftaran lewat.

Langkah 1: Dapatkan Borang Pendaftaran Kelahiran

Dapatkan borang permohonan di hospital di mana bayi dilahirkan, atau di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Langkah 2: Lawati Jabatan Pendaftaran Negara

Lawati Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan membawa borang yang lengkap dan dokumen-dokumen yang diperlukan. Anda memerlukan dokumen berikut:

 

  • Dokumen pengenalan diri (Kad UNHCR / kad komuniti / pasport) – asal dan salinan
  • Sijil perkahwinan atau penceraian ibu bapa (jika berkenaan) – asal dan salinan
  • Dokumen pengesahan kelahiran dari hospital, atau laporan polis jika bayi dilahirkan di rumah – asal
  • Borang permohonan pendaftaran kelahiran yang lengkap – asal dan salinan
  • Buku pemeriksaan pra-natal (buku pemeriksaan materniti ) – asli
  • Jika anda merupakan pasangan bukan Islam yang belum berkahwin, orang yang mengaku sebagai bapa kepada anak anda mesti menandatangani daftar kelahiran bersama-sama dengan ibu anak tersebut. Jika tidak, maklumat bapa tidak akan dinyatakan pada sijil kelahiran kanak-kanak tersebut.
  • Untuk pendaftaran lewat kelahiran, sila layari laman web JPN untuk maklumat lanjut tentang dokumen yang diperlukan. Borang AM 80 dan BMK 81 yang telah diterjemahkan boleh dilihat di sini (untuk rujukan sahaja).

Peringatan

v

Orang yang Berbahasa Melayu

Jika boleh, kami sarankan untuk anda mendapatkan bantuan orang yang berbahasa Melayu untuk membantu ada.

Kelahiran Dalam Tahanan

Sekiranya bayi dilahirkan semasa ibu berada dalam tahanan, pihak berkuasa imigresen pusat tahanan tersebut akan membantu pendaftaran kelahiran dan mendapatkan sijil kelahiran bayi. Ini kerana, ibu dan bayi kedua-duanya berada di bawah jagaan pihak berkuasa imigresen.

Orang Yang Mendaftarkan

Ibu bapa, penjaga yang sah atau mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan tentang kelahiran boleh mendaftarkan kelahiran sekiranya mereka membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

Lokasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Anda boleh melawati mana-mana pejabat JPN yang tersenarai di sini. Jika anda tinggal di Kuala Lumpur, kami sarankan untuk anda berkunjung ke pejabat ini:

JPN Jalan Duta
Bangunan Kerajaan Jalan Duta
(Kompleks Kerajaan Tuanku Abdul Halim)
Publika Dutamas, 1, Jalan Dutamas, Solaris Dutamas
50480 Kuala Lumpur

Anda juga boleh melanggani video di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa lain di sini untuk memahami prosedur pendaftaran kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara.

 

Kemasukan Bayi Baru Lahir Dalam Fail UNHCR Anda

Jika anda telah berdaftar dengan UNHCR, dan anda telah memperoleh sijil kelahiran dan/atau dokumen sokongan lain untuk bayi anda, sila muat naik salinan sijil kelahiran dan/atau dokumen sokongan lain yang diperlukan dan hantarkan, dengan mengisi borang Pertukaran Komposisi Keluarga.

Disebabkan pandemik COVID-19, UNHCR tidak menerima sebarang walk-in. Jangan hadir ke UNHCR tanpa janji temu. Anda boleh memohon temu-janji dengan mengisi borang Pertukaran Komposisi Keluarga .

Sila tunggu UNHCR menghubungi anda untuk temujanji atau anda boleh menghubungi Talian Pendaftaran di +6017-614 3810 dari 8 pagi sehingga 4 petang, Isnin hingga Jumaat