TNG eWallet dan UNHCR tandatangani MOU pada Hari Pelarian Sedunia untuk meningkatkan inklusi kewangan kepada pelarian di Malaysia

Isnin / 24 Jun 2024

TNG Digital Sdn. Bhd. (TNG Digital), pengendali TNG eWallet, bekerjasama dengan UNHCR untuk merapatkan jurang rangkuman kewangan bagi pelarian dan pemohon suaka. Penandatanganan MOU telah diadakan sebagai tanda kerjasama yang diumumkan sempena Hari Pelarian Sedunia. Perkhidmatan kepada pelarian dan pemohon suaka dijangka akan dilancarkan pada suku terakhir 2024.

[Photo from left to right] Thomas Albrecht, Representatif UNHCR, dan Alan Ni, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital. TNG Digital Sdn Bhd dan UNHCR telah menandatangani Memorandum Persefahaman untuk bekerjasama dalam menangani jurang kewangan di kalangan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia.

TNG Digital komited dalam menggalakkan inklusi kewangan untuk semua, terutamanya pelarian dan pemohon suaka dan bertujuan untuk memperkasakan komuniti pelarian dengan alat kewangan yang diperlukan oleh pelarian dan pemohon suaka untuk membina kehidupan yang stabil dan berdikari.

Bagi pelarian dan pemohon suaka, akses kepada perkhidmatan kewangan penting kekal sebagai cabaran di Malaysia. UNHCR menekankan halangan-halangan yang dihadapi pelarian yang melibatkan akses kepada perkhidmatan kewangan dan ia merupakan komponen utama untuk mencapai perlindungan dan penyelesaian jangka panjang untuk pelarian.

Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kewangan kritikal untuk pelarian dan pemohon suaka, yang boleh memberi manfaat kepada pelarian dan komuniti tuan rumah.

Untuk maklumat lanjut mengenai TNG Digital, layari laman web mereka di sini.



Share