Tiada Proses Pendaftaran UNHCR di Luar UNHCR Refugee Centre

Rabu / 10 Julai 2024

Harap maklum bahawa pendaftaran dengan UNHCR hanya dibuat di pejabat UNHCR di Kuala Lumpur. Tiada pendaftaran bergerak (mobile registration).

UNHCR tidak menjalankan temu duga pendaftaran atau mengeluarkan dokumen UNHCR di acara komuniti, pusat komuniti, pejabat NGO, dan lain-lain.

Untuk memohon pendaftaran, anda boleh mengisi borang Hubungan di laman web Refugee Malaysia di https://refugeemalaysia.org.

Sila tunggu untuk dihubungi oleh UNHCR untuk temuduga pendaftaran.



Share