Sila jangan guna alamat UNHCR (570, Jalan Bukit Petaling, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) sebagai alamat peribadi anda apabila mendaftar untuk aplikasi mudah alih, akaun keahlian di mana-mana perniagaan atau laman web, pendaftaran kad sim dan untuk sebarang urusan peribadi yang lain. Untuk memastikan surat peribadi dihantar terus kepada anda, sila gunakan alamat pos anda sendiri. UNHCR tidak akan menghantar surat peribadi kepada anda atau mengembalikannya kepada pengirim.