Nasihat Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Jumaat / 17 Oktober 2025

Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, beberapa jalan utama dan lebuh raya di pusat bandar Kuala Lumpur akan ditutup secara berperingkat dari 23 hingga 28 Oktober. Penutupan jalan akan dilakukan secara berkala selama 30 hingga 45 minit bagi memberi laluan kepada pergerakan konvoi delegasi.

Disebabkan kemungkinan penutupan jalan, anda digalakkan untuk mengikuti berita trafik terkini dan berita rasmi secara berkala serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kelewatan untuk sampai ke pejabat UNHCR

Jika dokumen UNHCR anda tamat tempoh antara 23 hingga 28 Oktober, anda boleh datang ke pejabat UNHCR untuk memperbaharui dokumen tersebut pada atau sebelum 22 Oktober, ATAU pada atau selepas 29 Oktober.

Individu yang temu janjinya telah dijadualkan semula akan menerima tarikh temu janji baharu melalui SMS. Sila pastikan anda menyemak mesej anda dan hadir ke UNHCR pada tarikh temu janji yang baharu.

Jika anda tidak menerima tarikh temu janji yang baharu, temu janji anda kekal seperti asal dan akan diteruskan mengikut jadual yang telah ditetapkan.



Share