UNHCR dimaklumkan bahawa fasa pertama program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) oleh Kerajaan akan memberi tumpuan kepada pendaftaran individu yang kini ditahan di pusat tahanan imigresen.
Sila ambil perhatian bahawa sesiapa yang mendakwa mewakili Kerajaan untuk mendaftarkan pelarian di bawah program DPP di LUAR pusat tahanan adalah tidak sah.
Untuk maklumat rasmi dan maklumat lanjut mengenai program DPP, sila rujuk saluran media sosial Kementerian Dalam Negeri:
🌐 DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN – Kementerian Dalam Negeri (KDN) | Facebook
Pengurusan Pelarian di Malaysia – Kementerian Dalam Negeri (KDN) | Facebook
