Waktu operasi untuk Talian Pendaftaran telah dikurangkan kepada satu hari seminggu.
Mulai Isnin, 02 Februari 2026, jika anda memohon pendaftaran baharu atau penambahan keluarga sebelum 1 Jan 2023 dan masih belum menerima janji temu, anda boleh menghubungi Talian Pendaftaran seperti di bawah.
017-6143810 (Sila jangan buat panggilan WhatsApp)
Antara 2 petang – 4 petang
Hanya ada pada setiap hari Rabu.
Sebelum anda membuat panggilan, sila ambil perhatian tentang peringatan berikut:
- Sediakan nombor rujukan laman web Refugee Malaysia anda.
- Talian ini hanya untuk permohonan Refugee Malaysia yang dibuat sebelum 1 Jan 2023.
- Hanya buat panggilan pada hari Rabu antara 2 Petang hingga 4 Petang. Jika anda tidak dapat menghubungi talian tersebut, cuba lagi pada minggu hadapan.
- UNHCR terus memberikan janji temu melalui panggilan telefon, SMS dan emel berdasarkan permohonan dalam talian dan kelayakan anda — talian ini bukan satu-satunya cara untuk mendapatkan janji temu.
Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda.
