Pasukan UNHCR di Malaysia terkejut dan amat bersedih apabila mendapat berita tentang kematian tragis Encik Nurul Amin Shah Alam. Doa dan ingatan kami bersama keluarga, rakan-rakan, dan komuniti beliau pada saat yang amat sukar ini.
Encik Nurul merupakan salah seorang daripada ribuan masyarakat Rohingya yang terpaksa melarikan diri dari Myanmar dan telah menemui keselamatan di Malaysia sebelum dipindahkan ke negara ketiga. Sebagai seorang suami dan bapa, pemergian Encik Nurul telah mengejutkan komuniti. Dalam saat sedih ini, kami menghargai maruah dan keberanian para pelarian serta diingatkan tentang pentingnya memberi perlindungan kepada mereka yang terpaksa melarikan diri. Kami juga ingin menyatakan penghargaan kepada Malaysia atas komitmen kemanusiaannya yang berterusan dalam membantu mereka yang melarikan diri daripada penganiayaan dan konflik.
Atas dasar kemanusiaan bersama, marilah kita terus menunjukkan solidariti dengan para pelarian, termasuk komuniti Rohingya.
