UNHCR ingin mengingatkan semua ahli komuniti tentang perkara penting berikut:
-
UNHCR tidak melantik, menyokong, atau memberi kebenaran kepada mana-mana individu atau kumpulan sebagai satu-satunya saluran untuk menghubungi kami.
Tiada ahli komuniti, pemimpin, atau organisasi yang mewakili UNHCR atau mempunyai pengaruh khas terhadap kes anda.
-
Semua perkhidmatan UNHCR adalah percuma.
Ini termasuk pendaftaran, dokumentasi, pemprosesan kes, kaunseling, dan semua perkhidmatan lain.
-
Sesiapa yang meminta wang untuk “membantu”, “merujuk”, atau “mempercepatkan” kes anda adalah melakukan penipuan.
Membayar wang tidak akan membantu kes anda, dan menolak untuk membayar tidak akan menjejaskan kes anda.
-
Tiada individu yang boleh mempengaruhi, mengugut, atau memberi kesan negatif terhadap kes UNHCR anda.
Semua keputusan kes dibuat oleh kakitangan UNHCR sahaja dan berdasarkan keperluan perlindungan semata-mata.
-
UNHCR tidak menyokong mana-mana jawatankuasa baharu yang mendakwa mempunyai kuasa khas atau eksklusif.Kumpulan komuniti boleh membantu ahli mereka, tetapi mereka bukan wakil rasmi UNHCR.
Jika anda berdepan dengan sesiapa yang meminta wang atau membuat dakwaan palsu bahawa mereka boleh mempengaruhi kes anda, sila laporkan perkara tersebut kepada UNHCR.
