Berhati-hati Dengan Penipuan : Aplikasi Palsu Refugee Malaysia oleh Haris

Jumaat / 06 September 2024

UNHCR telah menerima laporan terdapat seorang individu Rohingya yang dikenali sebagai Haris Bhai, Encik Haris, Haris Khan, dan Encik Barmi telah membuat satu aplikasi baru Pelarian Malaysia (Refugee Malaysia) palsu yang menggunakan logo UNHCR. Ini adalah orang yang sama menyiarkan video di YouTube mendakwa dapat memberikan akses kepada proses UNHCR, dan membuat kumpulan dan saluran WhatsApp menggunakan logo UNHCR (Berhati-hati terhadap Penipuan: Encik Haris / Haris Khan / Encik Barmi).

Ini adalah satu penipuan. Individu ini bukan pegawai UNHCR. Dia tiada sebarang hubungan dengan UNHCR. Dia tidak mempunyai kuasa atau keupayaan untuk mengeluarkan dokumen UNHCR atau meminta maklumat peribadi daripada sesiapa.

Sila ambil perhatian juga bahawa UNHCR tidak akan meminta wang daripada anda. (Berhati-hati dengan individu yang mendakwa boleh membantu anda mendapatkan dokumen UNHCR, mengakses proses UNHCR atau mempercepatkan kes anda dengan pertukaran wang. Jangan kongsi maklumat peribadi anda dengan mereka.

Jika anda terjumpa individu yang mendakwa boleh menyediakan perkhidmatan UNHCR (dokumen UNHCR, RSD, penempatan di negara ketiga dan lain-lain) dengan syarat dia dibayar, laporkan perkara ini kepada:

  • Pusat Respons Penipuan CCID (CCID Response Centre) polis di talian 03-26101559 atau 03-26101599
  • UNHCR melalui borang ini

Kad UNHCR anda tidak akan dibatalkan dan kes anda tidak akan ditangguhkan atau ditutup jika anda melaporkan aktiviti yang mencurigakan kepada UNHCR.

Untuk maklumat lanjut tentang proses dan bantuan UNHCR, sila rujuk laman web Refugee Malaysia.



Share