Berhati-hati dengan Penipuan yang Menyamar sebagai UNHCR

Jumaat / 27 Mac 2026

UNHCR telah menerima laporan bahawa seorang lelaki yang dikenali sebagai Osman atau Bo Bo Selai masih meminta wang bagi perkhidmatan UNHCR. Ini adalah satu penipuan. UNHCR sebelum ini telah mengeluarkan amaran mengenai individu tersebut
Berhati-hati dengan Penipuan: Seorang Lelaki yang Menggunakan Nama Osman, Michael atau Bo Bo Selai | Refugee Malaysia.

Jika anda menerima panggilan atau mesej daripada mana-mana nombor tersebut, jangan balas. Abaikan terus mesej tersebut, padamkan, dan sekat nombor telefon berkenaan dengan segera.

Sila ingat :

  • UNHCR tidak akan sekali-kali meminta wang daripada anda.
  • Tiada sesiapa yang boleh mendapatkan dokumen UNHCR, membantu mengurus proses UNHCR, atau mempercepatkan kes anda dengan bayaran.
  • Jangan bayar wang kepada sesiapa yang menawarkan perkhidmatan sedemikian.
  • Jangan kongsi maklumat peribadi anda dengan individu yang mendakwa mereka boleh mempengaruhi kes UNHCR anda.

Jika anda percaya anda telah dihubungi oleh penipu, sila laporkan kepada UNHCR Malaysia
(dengan mengisi Borang Aduan Dalam Talian di bawah kategori “Aduan Penipuan & Rasuah” atau menghantar emel kepada Focal Point Anti-Penipuan: mlslufrd@unhcr.org).