Soalan Lazim (FAQ) Insurans Perubatan Pelarian

Memahami Perkataan Insurans

Apakah maksud 'penyakit sedia ada'?

K
C

'Penyakit sedia ada' adalah penyakit yang sudah wujud dan yang anda pernah alami sebelum mendaftar dengan REMEDI. Anda mungkin dianggap sudah tahu tentang penyakit sedia ada ini jika:

• Anda telah menerima atau sedang menerima rawatan;
• Nasihat perubatan, diagnosis, penjagaan atau rawatan telah disyorkan;
• Gejala yang jelas kelihatan;
• Kewujudannya akan jelas kepada orang yang munasabah dalam keadaan itu.

Apakah maksud 'penyakit tertentu'?

K
C
'Penyakit tertentu' bermaksud ketidakupayaan berikut dan komplikasi berkaitan, yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama insurans:

• Penyakit kardiovaskular
• Semua jenis penyakit kanser

Dengan kata lain, anda tidak boleh membuat tuntutan untuk dua syarat di atas dalam tempoh 120 hari pertama selepas anda membeli insurans.

Di risalah tertulis “sesetengah penyakit dikecualikan daripada insurans ini." Apakah maksudnya?

K
C
Pengecualian adalah penyakit/rawatan yang tidak dilindungi oleh insurans. Walaupun pesakit ada insurans, mereka tetap perlu membayar sendiri kemasukan ke hospital yang diakibatkan oleh penyakit ini. Sila rujuk kepada bahagian 'Apakah yang tidak dilindungi oleh REMEDI?' untuk senarai penuh.

Apakah maksud rawatan 'pesakit dalam (inpatient)' dan 'pesakit luar (outpatient)'?

K
C
• Rawatan Pesakit Dalam

Rawatan pesakit dalam ialah penjagaan yang disediakan di hospital atau jenis kemudahan pesakit dalam lain, tempat anda dimasukkan, dan menghabiskan sekurang-kurangnya satu malam—kadang-kadang lebih—bergantung pada keadaan anda.

• Rawatan Pesakit Luar
Rawatan pesakit luar ialah sebarang perkhidmatan penjagaan kesihatan yang diberikan kepada pesakit yang tidak perlu bermalam di hospital. Ini termasuk pesakit yang melawat hospital untuk rawatan (yang mungkin mengambil masa beberapa jam untuk melakukan) dan pulang ke rumah pada hari yang sama.

Apakah yang dianggap sebagai 'kemasukan'?

K
C
Kemasukan di hospital kerajaan sebagai pesakit dalam yang berdaftar untuk rawatan kesihatan atas nasihat pengamal perubatan.

Adakah rawatan penjagaan harian dikira sebagai kemasukan ke hospital?

K
C
Tidak, rawatan penjagaan harian tidak dikira sebagai kemasukan ke hospital dan tidak dilindungi oleh REMEDI.

Perlindungan Insurans

Kenapakah kanak-kanak di bawah 18 tahun tidak dilindungi oleh REMEDI?

K
C
Ini bukan sesuatu yang boleh diberi oleh syarikat insurans buat masa ini. Kami anda beritahu anda jika ini berubah pada masa hadapan.

Bagaimana dengan pakej keluarga?

K
C
Tiada pakej keluarga. Ini bukanlah sesuatu yang boleh diberi oleh syarikat insurans buat masa ini. Kami anda beritahu anda jika ini berubah pada masa hadapan.

Mengapa insurans ini tidak melindungi hospital swasta?

K
C
Pelarian dan pemohon suaka yang memegang dokumen UNHCR hanya membayar 50% sahaja daripada Caj Warga Asing di hospital kerajaan; ini memastikan yang anda boleh dapat lebih banyak perlindungan dalam had tahunan anda.

Bolehkah saya menggunakan insurans ini di klinik atau untuk rawatan pesakit luar di hospital?

K
C

Tidak boleh, insurans ini hanyalah untuk kemasukan ke hospital di mana anda perlu bermalam sekurang-kurangnya satu malam di hospital.

Kenapakah penyakit sedia ada tidak dilindungi?

K
C
Insurans ialah alat untuk melindungi diri anda dari segi kewangan untuk masa hadapan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak dijangka, seperti kemalangan atau penyakit. Skim insurans beroperasi dengan membahagikan risiko kepada sekumpulan besar orang. Jika orang ramai hanya membeli insurans apabila mereka sudah sakit (dengan keadaan sedia ada), ini akan membawa kepada tuntutan yang lebih tinggi, yang bermaksud kos yang lebih tinggi untuk penanggung insurans dan premium yang lebih tinggi untuk semua orang yang memegang polisi insurans.

Insurans ialah alat untuk melindungi diri anda dari segi kewangan daripada kejadian yang tidak dijangka atau risiko masa depan, seperti kemalangan atau penyakit. Jika keadaan sedia ada dilindungi, orang ramai mungkin menunggu untuk membeli insurans hanya apabila mereka sudah sakit, yang akan membawa kepada kos yang lebih tinggi untuk penanggung insurans dan premium yang lebih tinggi untuk semua orang. Penyedia insurans beroperasi dengan membahagikan risiko ke sekumpulan besar orang. Jika seseorang sudah mempunyai keadaan perubatan sebelum membeli insurans, risiko lebih tinggi bagi syarikat insurans kerana berkemungkinan besar orang itu memerlukan rawatan yang mahal. Melindungi penyakit sedia ada akan meningkatkan kos tuntutan dengan ketara.

Jika saya mengalami kemalangan tetapi saya tidak perlu dimasukkan ke hospital, adakah ini masih dilindungi di bawah insurans?

K
C
Ya, ia dilindungi di bawah Pelan Kemalangan Diri pilihan yang menyediakan pembayaran balik sehingga RM2,000 untuk perbelanjaan perubatan dan pembedahan yang berkaitan dengan kemalangan itu.

Saya seorang pelarian, dan suami saya masuk ke hospital akibat cedera parah - patutkah saya beli insurans untuk dia untuk membayar bil hospital?

K
C
Tidak, kami tidak membayar jika permulaan perlindungan adalah selepas peristiwa Orang Yang Diinsuranskan. Secara amnya, insurans perubatan bertujuan untuk memberi perlindungan untuk penyakit dan kecederaan yang berlaku pada masa hadapan, bukan penyakit dan kecederaan yang telah berlaku. Terdapat tempoh menunggu selama 30 hari selepas tarikh permulaan polisi sebelum anda boleh menikmati perlindungan insurans.

Insurans berfungsi dengan mengutip sumbangan sederhana daripada semua orang, supaya apabila seseorang itu terpaksa dimasukkan ke hospital, wang ini digunakan untuk menampung kos kemasukan ke hospital yang tinggi. Oleh kerana tiada siapa yang tahu terlebih dahulu siapa yang perlu dimasukkan ke hospital, semua pelarian dan pemohon suaka harus membeli insurans.

Membeli Insurans

Patutkah semua individu yang berdaftar dengan UNHCR membeli insurans perubatan?

K
C
Semua individu yang berdaftar dengan UNHCR berumur dari 18 hingga 60 tahun amat digalakkan untuk membeli insurans perubatan.

Dokumen apakah yang diperlukan untuk membeli insurans perubatan?

K
C
Anda hanya perlukan dokumen UNHCR yang belum luput dan RM183.60. Orang pelarian dan pemohon suaka yang hilang dokumen UNHCR dan telah dapat Surat Salinan Sah (Certified True Copy) juga boleh membeli insurans ini.

Jika saya kehilangan kad UNHCR dan telah dapat dokumen Surat Salinan Sah (Certified True Copy - CTC), bolehkah saya membeli insurans menggunakan dokumen CTC?

K
C
Ya, boleh.

Adakah saya perlu ada kad komuniti untuk membeli insurans?

K
C
Tidak, anda tidak perlu ada kad komuniti.

Bolehkah saya membeli untuk orang lain?

K
C
Ya boleh, dengan syarat anda mendapatkan kebenaran individu itu untuk mendaftar. Selain itu, anda perlu tunjuk dokumen UNHCR yang sah kepada ejen insurans semasa proses pendaftaran untuk memastikan permohonan tersebut mematuhi syarat yang diberi.

Mengguna Insurans Anda

Di manakah saya boleh menggunakan REMEDI?

K
C

Anda boleh mengguna insurans anda di Hospital Kerajaan Malaysia Bukan Korporat. Anda boleh melihat senarai penuh hospital di sini.

Dokumen apakah yang saya perlu bawa ke hospital?

K
C
Untuk menggunakan insurans, bawa Kad Perubatan REMEDI dan dokumen UNHCR asal.

Jika saya sudah beli insurans, perlukah saya bayar jika saya masuk wad di hospital?

K
C
Jika anda mengemukakan dokumen UNHCR yang sah dan Kad REMEDI kepada kakitangan hospital semasa pendaftaran, anda tidak perlu membayar semasa keluar, dengan syarat rawatan yang anda terima adalah dalam had jumlah diinsuranskan. Tetapi, anda perlu membayar yuran pendaftaran semasa kemasukan. Jika anda mempunyai sebarang isu atau soalan berkaitan kemasukan dan keluar hospital, sila hubungi Pusat Sokongan 24 Jam Pra-Assist.

Telefon: 011-3301 9019 / 011-3301 9020 / 03-6202 1190

Pembaharuan Insurans

Selepas pembaharuan insurans, adakah saya masih perlu tunggu 30 hari sebelum saya menggunakannya?

K
C
Tidak, anda boleh terus menggunakannya. Tempoh menunggu 30 hari hanyalah untuk polisi baru.

Jika saya tidak menggunakan langsung insurans saya pada tahun tersebut, adakah baki akan dibawa ke tahun depan?

K
C
Tidak, baki tidak akan dibawa ke tahun depan. Had tahunan anda kekal sama pada RM20,000 setahun.

Isu dan Soalan Tentang REMEDI

Selepas membeli insurans, siapakah yang saya boleh hubungi jika saya ada soalan?

K
C

Jika anda ada sebarang soalan, anda boleh menghubungi ejen Allianz sah yang telah menjual insurans kepada anda. Untuk sebarang soalan tentang kemasukan ke hospital dan discaj, anda boleh hubungi Talian Pertolongan 24 Jam Pra-Assist:

Telefon: 011-3301 9019 / 011-3301 9020 / 03-6202 1190