PERINGATAN : Sila bawa semua dokumen pengenalan diri anda semasa janji temu.

Khamis / 12 Februari 2026

Sila bawa semua dokumen pengenalan diri dari negara asal anda seperti Sijil Lahir, Sijil Perkahwinan, Pasport, Sijil Keluarga (Family Census), Kad Pengenalan Negara, Kad Pendaftaran Sementara (kad putih atau kapra) ke janji temu anda di UNHCR.

Dokumen-dokumen ini membantu UNHCR mengesahkan identiti anda, maklumat keluarga anda dan mengemas kini rekod anda dengan betul. Dokumen-dokumen ini juga membantu untuk memberikan sokongan dan perkhidmatan yang sesuai kepada anda.