Dimaklumkan bahawa mulai 2 Jun 2025, peringatan SMS untuk pembaharuan dokumen hanya akan dihantar tiga hari sebelum tarikh dokumen tamat tempoh ke nombor telefon yang didaftarkan dengan UNHCR. Sila ambil perhatian bahawa janji temu pembaharuan dokumen biasanya dijadualkan pada hari yang sama dokumen anda tamat tempoh.
Jika anda tidak menerima SMS dan dokumen anda telah tamat tempoh, anda masih boleh datang ke pejabat untuk pembaharuan dokumen.