Leksikon Pelarian
Kemas kini: 27 April 2021
Menyedari jurang istilah berkaitan pelarian piawai yang seragam dalam bahasa Melayu, UNHCR telah membangunkan Leksikon Pelarian: Terjemahan Istilah Berkaitan ke dalam Bahasa Melayu. UNHCR mengenal pasti istilah biasa dalam bahasa Inggeris dan terlibat dengan pakar teknikal dalaman yang merupakan penutur asli bahasa Melayu untuk menyediakan terjemahan praktikal yang boleh digunakan dalam bahasa vernakular biasa. Kira-kira 3,000 istilah yang biasa digunakan dalam perbincangan berkaitan pelarian telah disusun dan diterjemahkan.
UNHCR menyemak terjemahan ini dan merujuk kepada terjemahan yang digunakan oleh pihak berkuasa bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Leksikon Pelarian ialah dokumen yang akan disemak dan dikemas kini secara berkala.