Leksikon Pelarian

Dikemaskini: 27 April 2021

Sejak penggubalan Konvensyen 1951 yang berkaitan dengan Status Pelarian, dasar penting dan dokumen panduan kebanyakannya telah dibangunkan dalam bahasa Inggeris. Sepanjang penglibatan UNHCR di Malaysia, pejabat ini telah menggunakan kedua-dua bahasa pengantar bahasa Inggeris dan Melayu untuk berkomunikasi dengan pihak kerajaan, masyarakat awam dan komuniti pelarian.

Menyedari jurang istilah piawai berkaitan pelarian dalam bahasa Melayu, UNHCR telah membangunkan Leksikon Pelarian: Terjemahan Istilah Berkaitan ke dalam Bahasa Melayu. UNHCR mengenal pasti istilah biasa dalam bahasa Inggeris dan mendapatkan pakar teknikal dalaman yang merupakan penutur asli bahasa Melayu untuk menyediakan terjemahan praktikal yang boleh digunakan dalam bahasa vernakular biasa. Kira-kira 3,000 istilah yang biasa digunakan dalam konteks pelarian telah diterjemahkan.

UNHCR telah menyemak terjemahan ini dan juga merujuk kepada terjemahan yang digunakan oleh pihak berkuasa bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Leksikon Pelarian / Refugee Lexicon ini akan disemak dan dikemas kini secara berkala.

#ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVW • X • YZ

X

Malay
Category of Word
Xenophobia
Ketakutan terhadap orang asing
Human Rights
Xenophobia
Xenofobia
Human Rights
Xhosa
Orang Xhosa
Population groups