Garis Panduan (SOPs)

Dikemaskini: 25 November 2021

Pada Jun 2021, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang akan dilaksanakan dalam empat fasa. Pelan Pemulihan Negara ini akan dijalankan berdasar tiga indikator:

  • Purata kes harian COVID-19
  • Penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU)
  • Peratusan populasi layak yang divaksinasi sepenuhnya

Sila patuh kepada SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menurunkan kadar jangkitan COVID-19.

Fasa 1

Sama seperti PKP pertama pada Mac 2020 dengan sekatan ketat ke atas pergerakan dan penutupan penuh hampir semua sektor selain daripada sektor ekonomi dan perkhidmatan penting.

Pembelajaran di atas Talian

Pembelajaran secara atas talian sahaja

Aktiviti Sosial

Sebarang aktiviti sosial tidak dibenarkan

Kenderaan Berpenumpang

Tidak lebih daripada 2 penumpang dibenarkan menaiki kenderaan

Perkhidmatan Penting

Perkhidmatan penting boleh beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam

Perjalanan Rentas Negeri

Rentas negeri tidak dibenarkan

Fasa 2

Kerajaan akan mempertimbangkan untuk beralih ke Fasa 2 jika kes harian COVID-19 di bawah 4,000, sistem penjagaan kesihatan tidak lagi berada pada tahap kritikal dan 10% daripada populasi telah divaksin sepenuhnya.

Kembali Ke Sekolah

Hanya kelas peperiksaan boleh kembali ke sekolah

Aktiviti Sosial

Sebarang aktiviti sosial tidak dibenarkan

Kenderaan Berpenumpang

Tidak lebih daripada 2 penumpang dibenarkan menaiki kenderaan

Sukan Luar Tanpa Sentuh

Hanya sukan luar tanpa sentuh dibenarkan

Perjalanan Rentas Negeri

Rentas negeri tidak dibenarkan

Fasa 3

Kerajaan akan mempertimbangkan untuk beralih ke Fasa 3 jika kes harian COVID-19 di bawah 2,000, sistem penjagaan kesihatan beroperasi pada tahap yang selesa dan 40% daripada populasi telah divaksin sepenuhnya.

Kembali Ke Sekolah

Hanya kelas peperiksaan boleh kembali ke sekolah

Dine-in

Dine-in dibenarkan untuk orang yang divaksin sepenuhnya

Sukan Tanpa Sentuh

Semua sukan tanpa sentuh dibenarkan

Kenderaan Berpenumpang

3 orang dari satu rumah yang sama dibenarkan keluar

Perjalanan Rentas Negeri

Rentas negeri tidak dibenarkan

Fasa 4

Apabila kes harian COVID-19 di bawah 500, sistem penjagaan kesihatan adalah stabil, dan 60% daripada populasi telah lengkap divaksin, kerajaan akan mempertimbangkan untuk beralih ke Fasa 4.

Perhimpunan Agama

Perhimpunan agama dibenarkan

Aktiviti Sosial

Aktiviti sosial dibenarkan pada kapasiti 50%.

Dine-in

Dine-in dibenarkan untuk orang yang divaksin sepenuhnya

Perjalanan Rentas Negeri

Perjalanan rentas negeri dibenarkan untuk orang yang divaksin sepenuhnya

Maklumat lanjut tentang Pelan Pemulihan Negara boleh didapati di sini.

Pelitup Muka

Harap maklum bahawa wajib memakai pelitup muka di semua tempat awam / luar. Pelitup muka hanya boleh dibuka:

  • Semasa di rumah dengan hanya ahli keluarga.
  • Semasa di hotel atau pusat penginapan dengan ahli keluarga sahaja.
  • Ketika bersendirian di ruang kerja.
  • Semasa melakukan aktiviti sukan atau rekreasi (dalaman atau luaran), yang sepatutnya dilakukan SENDIRI.
  • Di dalam kereta dengan ahli keluarga sahaja.
  • Di dalam atau di luar rumah tanpa individu lain di sekitar.
  • Semasa makan atau minum.