Yayasan Buddhist Tzu Chi telah diberikan kebenaran untuk memberikan vaksinasi COVID-19 kepada orang berkenaan UNHCR melalui klinik statik mereka di Kuala Lumpur Buddhist Tzu Chi Free Clinic, 5th Floor, 221, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur pada setiap Selasa, Khamis dan Jumaat daripada 1.30pm hingga 4.00pm bermula 21 Sept 2021.
Orang berkenaan UNHCR yang belum menerima sebarang vaksinasi COVID-19, dan belum menerima temujanji di MySejahtera, boleh menghubungi salah satu nombor talian di bawah untuk pra-daftar keinginan mereka untuk divaksinasikan di klinik ini. Temujanji akan diberikan selepas pengesahan daripada ahli kakitangan klinik. Harap maklum bahawa walk-in tidak dibenarkan buat masa sekarang.
Nombor Talian:
+60176143756 (Melayu, Inggeris)
Waktu Operasi Talian:
Isnin hingga Jumaat, 8.00 am hingga 4.30 pm