Penyelenggaraan Pangkalan Data Pelarian UNHCR dan Kesan Terhadap Proses Pendaftaran

Khamis / 02 Mac 2023

UNHCR tidak akan membuat pendaftaran dan mengeluarkan dokumen dari hari Jumaat, 31 Mac 2023 hingga Ahad, 30 April 2023, akibat penyelenggaraan teknikal. Perkhidmatan ini akan disambung semula pada 1 Mei 2023. Orang pelarian dan pemohon suaka yang memegang dokumen yang akan tamat tempoh dalam waktu ini akan dipanggil untuk memperbaharui dokumen mereka lebih awal.

Selain pendaftaran dan pengeluaran dokumen, perkhidmatan lain akan diteruskan seperti biasa. Aplikasi VerifyPlus dan Sistem Pengesahan Kad / Card Verification System (CVS) juga masih boleh digunakan dalam tempoh ini untuk mengesahkan dokumen UNHCR.



Share