Awas dengan Penipuan: Program Penempatan Semula Khas untuk warga Afghanistan

Isnin / 17 Februari 2025

UNHCR telah menerima laporan terbaru tentang penipuan yang menyasarkan warga Afghanistan. Selain daripada penipuan mengenai penempatan semula ke Belanda melalui Visa Kemanusiaan Khas, terdapat organisasi di Kabul (Afghanistan) mendakwa bahawa rakyat Afghanistan boleh memohon program visa kemanusiaan yang membolehkan UNHCR membawa pemohon dari Kabul ke Malaysia, sebelum memindahkan mereka ke Kanada atau Jerman.

Ini adalah satu penipuan. Individu ini tidak mempunyai kaitan dengan UNHCR dan tidak mempunyai kuasa atau keupayaan untuk menempatkan semula sesiapa. Jangan kongsi maklumat peribadi atau memberi duit kepada mereka.

Jika anda terjumpa mesej yang mencurigakan atau individu yang mendakwa mereka boleh memberi penempatan ke negara ketiga (atau perkhidmatan lain) dengan syarat mereka dibayar, laporkan kepada:

  • Polis di balai polis berhampiran atau Pusat Respons Penipuan CCID di talian 03-26101559 (8 pagi – 8 malam)
  • UNHCR melalui borang

PENTING: Semua perkhidmatan UNHCR adalah percuma. Jangan percayai mana-mana orang atau organisasi yang meminta anda membayar untuk perkhidmatan dan bantuan yang diberikan oleh UNHCR, termasuk untuk penempatan semula

Kad UNHCR anda tidak akan dibatalkan dan kes anda tidak akan ditangguhkan atau ditutup jika anda melaporkan aktiviti yang mencurigakan kepada UNHCR.

Untuk maklumat lanjut tentang penipuan, sila lawati laman berwas-was terhadap penipuan.



Share