Nasihat Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ASEAN Summit Advisory

Rabu / 21 Mei 2025

Semasa Sidang Kemuncak ASEAN, sila ambil maklum tentang kemungkinan penutupan jalan dan langkah keselamatan yang lebih ketat, terutamanya di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur. Anda digalakkan untuk mengikuti berita rasmi dan kemas kini trafik Jika anda ditahan atau ditangkap, sila hubungi talian hotline tahanan UNHCR di 012-630 5060 atau laporkan melalui laman web www.refugeemalaysia.org/contact.

Disebabkan penutupan jalan yang dijadualkan pada hari Jumaat, 23 Mei dan Isnin, 26 Mei, UNHCR tidak akan menjalankan sebarang aktiviti di Pusat Pelarian (Refugee Centre) pada kedua-dua hari tersebut. Individu yang mempunyai janji temu pada tarikh tersebut telah diberikan tarikh janji temu yang baharu. Jika dokumen anda akan tamat tempoh pada hari Jumaat, 23 Mei atau Isnin, 26 Mei, dan anda belum menerima SMS dengan tarikh janji temu pembaharuan dokumen yang baharu, anda boleh datang ke UNHCR bermula hari Khamis, 29 Mei.



Share