Berhati-hati Dengan Scam: Penempatan ke Belanda Untuk Warga Afghanistan

Isnin / 10 Februari 2025

UNHCR telah menerima laporan tentang scam yang ditujukan terhadap warga Afghanistan. Melalui e-mail, seorang individu mendakwa yang UNHCR dan US Forces Afghanistan (USFORA) akan membantu 50 pemohon untuk pergi ke Belanda melalui Visa Kemanusian Khas.

Ini adalah satu penipuan. Individu ini tidak berkaitan dengan UNHCR dan tiada kuasa atau keupayaan untuk menghantar sesiapa ke negara ketiga. Jangan kongsi maklumat peribadi atau memberi duit kepada mereka.

Dengan pengumuman terkini tentang Program Kemasukan Pelarian Amerika Syarikat (USRAP), berhati-hati dengan individu yang mengambil kesempatan terhadap situasi ini. Jika anda terjumpa mesej yang mencurigakan atau individu yang mendakwa mereka boleh memberi penempatan ke negara ketiga (atau perkhidmatan lain) dengan syarat mereka dibayar, laporkan kepada:

  • Polis di balai polis terdekat atau Pusat Respons Penipuan CCID (CCID Response Centre) di talian 03-26101559 (8am – 8pm)
  • UNHCR melalui borang ini.

Semua perkhidmatan UNHCR adalah percuma. Berhati-hati dengan individu yang mendakwa mereka boleh membantu anda pergi ke negara ketiga atau mendapatkan proses UNHCR lain dengan syarat mereka dibayar atau diberi benda lain.

Kad UNHCR anda tidak akan dibatalkan dan kes anda tidak akan ditangguhkan atau ditutup jika anda melaporkan aktiviti yang mencurigakan kepada UNHCR.

Untuk maklumat lanjut tentang proses dan bantuan UNHCR, sila rujuk laman web Refugee Malaysia.

 



Share