Penempatan Di Negara Ketiga

Penempatan semula ialah pemilihan dan pemindahan pelarian dari negara di mana mereka mendapatkan perlindungan ke negara lain yang telah bersetuju menerima mereka. Ia membawa bersama peluang untuk menjadi warganegara di negara penempatan semula.

Walau bagaimanapun, penempatan semula hanya terhad untuk sebahagian kecil daripada pelarian di dunia yang memerlukan penyelesaian ini. Kurang daripada 1% pelarian di seluruh dunia telah ditempatkan semula. Terdapat terlalu sedikit tempat penempatan semula untuk bilangan pelarian yang memerlukan penempatan semula. Adalah penting untuk ingat bahawa:

  • Penempatan di negara ketiga bukan hak. Pendaftaran atau pemberian status pelarian oleh UNHCR tidak bermakna seseorang individu akan dihantar untuk penempatan di negara ketiga.
  • Penempatan semula kekal sebagai alat perlindungan untuk pelarian yang sangat berisiko. Pengenalpastian kes untuk penghantaran penempatan semula yang berpotensi adalah berdasarkan keperluan perlindungan individu.
  • Penghantaran kes untuk pertimbangan penempatan semula adalah bergantung kepada banyak faktor, termasuk tahap keseriusan keperluan perlindungan individu, persekitaran perlindungan, kedudukan negara tuan rumah dan ketersediaan tempat penempatan di negara ketiga.

Jika anda dikenal pasti untuk penempatan di negara ketiga, Unit Penyelesaian Kekal (DSU) akan menghubungi anda melalui telefon, jika maklumat tambahan diperlukan untuk melengkapkan penilaian kelayakan pemprosesan penempatan di negara ketiga.

Temuduga Penempatan Di Negara Ketiga

Jika anda didapati layak untuk pemprosesan penempatan semula, anda akan dipanggil ke temuduga penempatan semula. Pada asasnya, semua temu duga adalah secara bersemuka di UNHCR. Dalam keadaan luar biasa, anda akan menerima panggilan temu duga secara dalam talian (online). Semasa panggilan untuk memberitahu temu janji temu duga penempatan semula, anda boleh memberitahu Unit Penyelesaian Kekal (DSU) jika anda tidak mahu meneruskan temu duga dalam talian. Ia tidak akan menjejaskan keputusan pertimbangan UNHCR untuk pemprosesan penempatan semula anda.

Jika anda dijadualkan untuk temu duga penempatan semula dalam talian, kakitangan UNHCR yang menjalankan temu duga penempatan semula akan memberi taklimat tentang tujuan panggilan dan gambaran keseluruhan proses penempatan semula. Anda perlu mengesahkan sama ada anda berada di tempat yang selamat di mana privasi dan maklumat sulit anda terlindungi. Panduan akan diberikan jika terdapat keperluan untuk anda menyerahkan dokumen anda kepada UNHCR.

Tolong jangan rakam audio atau video temuduga penempatan di negara ketiga anda. Ini akan melanggar kerahsiaan dan dipandang serius oleh UNHCR.

Selepas Temuduga Penempatan Di Negara Ketiga

Selepas temuduga penempatan di negara ketiga, situasi anda akan disemak dengan teliti dan keputusan akan dibuat sama ada permohonan akan dibuat kepada negara yang menyediakan penempatan di negara ketiga untuk pertimbangan mereka.

Jika anda sudah mengadakan temu duga penempatan semula dengan UNHCR dan mempunyai soalan atau ingin mengemas kini maklumat, seperti. perubahan dalam komposisi/ keadaan keluarga, sila hantar e-mel ke mlsludsu@unhcr.org. Tetapi, sila ambil perhatian bahawa UNHCR tidak dapat membalas e-mel setiap memandangkan jumlah e-mel yang banyak. Tolong jangan hantar e-mel yang sama beberapa kali kepada UNHCR kerana ia akan melambatkan lagi pemprosesan.

Jika kes anda dihantar untuk penempatan di negara ketiga, sama ada Unit Penyelesaian Kekal (DSU) atau negara penempatan di negara ketiga akan menghubungi anda untuk memberikan maklumat lanjut.

Negara ketiga akan memutuskan sama anda akan diberikan penempatan di negara ketiga atau tidak mengikut dasar dan undang-undang mereka.

Jika penyerahan dibuat kepada Amerika Syarikat, anda boleh menyemak status pemprosesan anda dengan Pusat Sokongan Penempatan di Negara Ketiga / Resettlement Support Centre (RSC) di bawah.

E-mel: KL.Inquiries@rescue.org

Telefon: +603 2141 5846 / +603 9212 8117

Faks: +603 2144 8716

Laman web CASI.

Jika penyerahan dibuat ke Kanada, anda boleh menyemak status kes anda menggunakan borang di web Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan Kanada (Immigration, Refugees and Citizenship Canada).

Urusan Pra-Perlepasan dan Perjalanan ke Penempatan di Negara Ketiga

Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) bertanggungjawab mengatur urusan pra-perlepasan yang diperlukan, termasuk pemeriksaan perubatan dan orientasi budaya, serta urusan perjalanan untuk perlarian yang diterima ke negara ketiga. Jika anda telah diterima oleh negara penempatan di negara ketiga, IOM akan menghubungi anda sebaik sahaja arahan perjalanan tersedia. Jika anda telah diterima untuk penempatan semula dan mempunyai soalan tentang aturan atau perjalanan sebelum berlepas, anda boleh menghubungi IOM Kuala Lumpur di iomkulinq@iom.int atau hubungi +603 9235 5400.

Anda Ada Soalan?

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Penempatan Di Negara Ketiga.