UNHCR Malaysia hanya mempunyai satu akaun Facebook rasmi (www.facebook.com/UNHCRMalaysia). Kami tidak menggunakan Facebook untuk membincangkan kes pelarian secara individu.
Kami dimaklumkan tentang akaun dan hantaran Facebook yang secara palsu mendakwa mewakili UNHCR Malaysia. Mana-mana akaun lain tidak mempunyai kaitan dengan UNHCR dan secara palsu menyamar sebagai UNHCR dan/atau pemimpin komuniti. Mereka telah mengelirukan orang ramai dengan berkongsi gambar daripada komuniti pelarian, kakitangan UNHCR dan rakan kongsi NGO untuk memberi gambaran palsu tentang UNHCR.



Individu di sebalik akaun ini menggunakan identiti orang lain, tidak mempunyai kaitan dengan UNHCR dan tidak diberi kuasa untuk membantu pendaftaran, dokumentasi, Penentuan Status Pelarian (RSD), atau proses penempatan semula. Jangan kongsi maklumat peribadi anda atau membuat sebarang bayaran kepada mereka.
Cara untuk Melaporkan Akaun Palsu
Kami menggesa anda untuk melaporkan akaun ini terus kepada Facebook menggunakan sumber berikut:
Peringatan Penting
- Semua perkhidmatan UNHCR adalah PERCUMA, termasuk dokumen UNHCR, pendaftaran, penentuan status pelarian (RSD) dan penempatan semula.
- Berhati-hati dengan sesiapa yang mendakwa mereka boleh membantu anda dengan penempatan semula atau proses-proses UNHCR yang lain dengan syarat pertukaran wang atau perkhidmatan.
- Jika anda mengetahui individua yang membuat perkara tersebut, sila laporkan mereka kepada:
- Pusat Tindak Balas Penipuan CCID Polis: 03-26101559 / 03-26101599
- UNHCR: Laporkan menggunakan borang ini
Melaporkan aktiviti yang mencurigakan tidak akan menjejaskan kes anda. Dokumen UNHCR anda tidak akan dibatalkan dan kes anda tidak akan ditangguhkan atau ditutup kerana melaporkan penipuan.
Untuk maklumat tepat mengenai perkhidmatan dan proses UNHCR, sila layari laman web Refugee Malaysia.
