Awas Akaun Palsu TikTok yang Menyamar sebagai UNHCR Malaysia

Rabu / 29 Oktober 2025

UNHCR Malaysia tidak mempunyai akaun TikTok. Semua akaun TikTok yang mendakwa mewakili UNHCR adalah palsu.

Kami telah dimaklumkan mengenai akaun TikTok palsu @rohingya.edu2 dan Facebook (Rohingya News Malaysia) akaun-akaun tersebut secara palsu mendakwa mewakili UNHCR Malaysia. Akaun-akaun palsu ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan UNHCR dan telah mengelirukan orang awam dengan berkongsi gambar daripada komuniti pelarian, kakitangan UNHCR, dan rakan NGO untuk memberikan gambaran palsu tentang UNHCR.

Kesemua akaun ini adalah palsu. Individu yang berada di sebalik akaun-akaun ini telah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan UNHCR dan tidak diberi kuasa. untuk menjalankan proses-proses Pendaftaran (Registration), Penentuan Status Pelarian (Refugee Status Determination) atau Penempatan Negara Ketiga (Resettlement). Sila jangan berkongsi maklumat peribadi atau membuat apa-apa bayaran kepada mereka.

Cara untuk Melaporkan Akaun Palsu

Kami menggesa anda untuk melaporkan akaun ini terus kepada TikTok menggunakan sumber berikut:

Peringatan Penting

  • Semua perkhidmatan UNHCR adalah PERCUMA, termasuk dokumen UNHCR, pendaftaran, penentuan status pelarian (RSD) dan penempatan semula.
  • Berhati-hati dengan sesiapa yang mendakwa mereka boleh membantu anda dengan penempatan semula atau proses-proses UNHCR yang lain dengan syarat pertukaran wang atau perkhidmatan.
  • Jika anda menemui individu yang membuat dakwaan sedemikian, sila laporkan kepada:
    Pusat Respons Penipuan CCID Polis: 03-26101559 / 03-26101599
  • UNHCR: Laporkan menggunakan borang ini

 

Melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan tidak akan memberi kesan kepada kes anda. Dokumen UNHCR anda tidak akan dibatalkan dan kes anda tidak akan ditangguhkan atau ditutup kerana melaporkan penipuan.

Untuk maklumat tepat mengenai perkhidmatan dan proses UNHCR, sila layari laman web Refugee Malaysia.



Share