Sesi kedua Townhall Pemimpin Komuniti bagi tahun 2025 telah berlangsung pada 23 April, menghimpunkan seramai 116 pemimpin pelarian daripada 70 kumpulan komuniti. Turut serta ialah ahli Lembaga Penasihat Pelarian, Sukarelawan Outreach, serta Jawatankuasa Pemandu Platform Belia.
Dalam sesi interaktif bersama Louise Aubin, Wakil UNHCR di Malaysia, para pemimpin komuniti telah membangkitkan beberapa isu penting yang membimbangkan. Antara isu yang dibincangkan termasuklah penggantungan Program Kemasukan Pelarian ke Amerika Syarikat (USRAP), keperluan sokongan berterusan kepada mangsa keganasan berasaskan gender susulan penutupan pejabat Suruhanjaya Migrasi Katolik Antarabangsa (ICMC), tempoh masa pendaftaran, serta sokongan kepada individu yang berada dalam tahanan dan mereka yang berisiko untuk diusir.
UNHCR telah memberi maklum balas untuk soalan-soalan penting ini dan menegaskan semula komitmennya untuk bekerjasama dengan komuniti bagi memperkasa potensi mereka dalam memperkukuh perlindungan dan penyelesaian. UNHCR turut mengingatkan tentang kepentingan menggunakan mekanisme perlindungan sosial yang sedia ada, seperti Refugee Medical Insurance (REMEDI) dan Touch ‘n Go, terutamanya dalam menghadapi krisis pembiayaan yang menjejaskan pelaku kemanusiaan di seluruh dunia serta cabaran-cabaran mendatang.
Sesi ini telah diterima baik oleh para pemimpin komuniti, dengan salah seorang daripada mereka menyatakan, “Ia benar-benar telus. Kami rasa seolah-olah sedang bekerjasama antara satu sama lain untuk menyelesaikan isu-isu bersama.”
A youth-led refugee organization also took the stage to present on fundraising and partnership-building, emphasizing the importance of collaboration to ensure refugee groups can continue supporting their communities sustainably.
Participants were further introduced to two key refugee participation platforms:
- Lembaga Penasihat Pelarian – ditubuhkan untuk mengangkat suara pelarian dan menyelaras usaha advokasi yang bertujuan memperkukuh persekitaran perlindungan di Malaysia.
- Sukarelawan Outreach terlatih UNHCR – ahli komuniti yang dilengkapi dengan pengetahuan untuk menyampaikan sesi kesedaran bagi meningkatkan akses kepada maklumat penting dalam kalangan populasi pelarian.
Townhall ini berperanan sebagai ruang penting untuk dialog dan kerjasama, serta menonjolkan komitmen berterusan UNHCR dalam mengambil kira pandangan pelarian dan pemohon suaka dalam setiap keputusan yang dibuat.