UNHCR Malaysia tidak mempunyai akaun TikTok. Semua akaun TikTok yang mendakwa kepunyaan UNHCR adalah palsu.
Kami telah dimaklumkan tentang akaun TikTok palsu @unhcr.refugeemalaysia, yang mengaku kepunyaan UNHCR Malaysia. Akaun ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan UNHCR dan telah mengelirukan orang ramai dengan berkongsi gambar daripada komuniti pelarian, kakitangan UNHCR, dan rakan NGO untuk memberikan gambaran palsu bahawa mereka mewakili UNHCR.
Kesemua akaun ini adalah palsu. Individu di sebalik akaun-akaun ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan UNHCR dan tidak mempunyai kuasa untuk membantu dalam proses pendaftaran, Penentuan Status Pelarian (RSD), atau penempatan semula. Jangan kongsi maklumat peribadi anda atau membuat sebarang bayaran kepada mereka.
Cara untuk Melaporkan Akaun Palsu
Kami menggesa anda untuk melaporkan akaun ini terus kepada TikTok menggunakan sumber berikut:
- TikTok: Laporkan Pengguna
- Panduan YouTube: Cara Membuat Laporan di TikTok
Peringatan Penting
- Semua perkhidmatan UNHCR adalah PERCUMA, termasuk dokumen UNHCR, pendaftaran, penentuan status pelarian (RSD) dan penempatan semula.
- Berhati-hati dengan sesiapa yang mendakwa mereka boleh membantu anda dengan penempatan semula atau proses-proses UNHCR yang lain dengan syarat pertukaran wang atau perkhidmatan.
- Jika anda mengetahui individua yang membuat perkara tersebut, sila laporkan mereka kepada:
- Pusat Tindak Balas Penipuan CCID Polis: 03-26101559 / 03-26101599
- UNHCR: Laporkan menggunakan borang ini
Melaporkan aktiviti yang mencurigakan tidak akan menjejaskan kes anda. Dokumen UNHCR anda tidak akan dibatalkan dan kes anda tidak akan ditangguhkan atau ditutup kerana melaporkan penipuan.
Untuk maklumat tepat mengenai perkhidmatan dan proses UNHCR, sila layari laman web Refugee Malaysia.