Tiada Surat untuk Pendaftaran atau Penempatan Semula

Isnin / 24 Mac 2025

UNHCR tidak membuka kes untuk pendaftaran atau penempatan semula berdasarkan surat fizikal yang dihantar kepada kami.

Jangan bayar sesiapa, termasuk individu dalam komuniti anda, untuk membantu anda menghantar surat kepada UNHCR yang meminta pendaftaran atau penempatan semula.

Anda boleh memohon pendaftaran kepada UNHCR melalui halaman hubungi di laman web Refugee Malaysia. Anda akan dijemput untuk temuduga di pejabat UNHCR melalui panggilan telefon, mesej teks atau e-mel. Sila pastikan anda mengemas kini nombor telefon dan alamat e-mel anda di laman web Refugee Malaysia.

Rayuan RSD dan permohonan pembukaan semula mesti dihantar melalui e-mel ke mlslursd@unhcr.org.



Share