Penempatan di Negara Ketiga Untuk Pelarian Afghanistan dan Program Pemindahan Tajaan Negara Untuk Warganegara Afghanistan

Rabu / 25 Ogos 2021

Dengan perkembangan baru di Afghanistan, UNHCR telah menerima banyak pertanyaan daripada warganegara Afghanistan kerana beberapa buah negara telah membuat pengumuman yang mereka akan meningkatkan peluang penempatan di negara ketiga untuk pelarian Afghanistan.

Harap maklum bahawa UNHCR akan tetap mempertimbangkan semua pelarian termasuk pelarian Afghanistan untuk penempatan di negara ketiga, mengikut kriteria dan proses yang sudah ditubuhkan.

  • Penempatan di negara ketiga bukan hak. Pendaftaran dan/atau pemberian status pelarian oleh UNHCR tidak bermaksud individu tersebut akan dirujuk untuk penempatan ke negara ketiga.
  • Penempatan semula kekal sebagai alat perlindungan untuk pelarian yang sangat berisiko. Pengenalpastian individu yang berpotensi untuk penghantaran penempatan di negara ketiga diteruskan berdasarkan keperluan perlindungan individu.
  • Penghantaran kes untuk pertimbangan penempatan semula adalah bergantung kepada banyak faktor, termasuk tahap keseriusan keperluan perlindungan individu, persekitaran perlindungan, kedudukan negara tuan rumah dan ketersediaan tempat penempatan di negara ketiga.

Beberapa negara juga telah mengumumkan program penempatan semula khas untuk warganegara Afghanistan yang pernah bekerja atau berkait dengan negara-negara tersebut. Program-program ini ditubuhkan oleh negara tersebut dan UNHCR tidak merujukkan mana-mana individu ke program ini dan tidak memproses aplikasi untuk program ini. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat yang disediakan sendiri oleh negara tersebut atau Relocation Programmes.

Maklumat lanjut mengenai sesetengah program ini boleh dilihat di laman web negara-negara berkaitan:

Amerika Syarikat (USA)

Baru-baru ini, Amerika Syarikat telah mengumumkan peluang untuk warganegara Afghanistan yang pernah bekerja atau berkait dengan kerajaan, tentara, NGO ataupun media Amerika Syarikat. Sila lawati laman web berikut daripada Jabatan Negara America Syarikat (US State Department) untuk maklumat lanjut:

Kanada

Program Kanada ini disediakan untuk warganegara Afghanistan di mana “kerjanya membabitkan hubungan yang penting dan/atau berkekalan dengan Kerajaan Kanada”, termasuk jurubahasa untuk angkatan tentera Kanada ataupun kakitangan tempatan yang bekerja ataupun pernah bekerja dengan Kedutaan Kanada. Sila lawati laman web berikut untuk maklumat lanjut:

UK

UK telah menubuhkan dua program untuk kakitangan semasa dan bekas pekerja tempatan mereka di Afghanistan. Sila lawati laman web berikut untuk maklumat lanjut:

UNHCR akan terus memberikan maklumat terkini apabila kami dimaklumkan tentang program tajaan negara yang lain.


PENTING: Semua perkhidmatan UNHCR adalah percuma.

Jangan percaya mana-mana individu atau organisasi yang meminta anda bayar untuk perkhidmatan atau pertolongan yang diberikan oleh UNHCR ataupun rakan kongsi UNHCR, termasuklah penempatan di negara ketiga. Jika ada sesiapa yang meminta duit ataupun balasan yang lain, termasuklah yang berjenis seksual, dan menjanjikan yang mereka boleh memberi perkhidmatan UNHCR, sila laporkan secepat mungkin kepada UNHCR.

Emel

Semua aduan/laporan akan dirahsiakan sepenuhnya.

Anda juga boleh klik di sini untuk menghantar aduan atas talian (penipuan dan rasuah).



Share