Berhati-hati dengan Penipuan
UNHCR tidak bertolak ansur dengan sebarang penipuan, rasuah atau eksploitasi.
Semua borang permohonan dan perkhidmatan yang disediakan oleh UNHCR dan rakan kongsinya adalah percuma. Anda tidak boleh membayar untuk pendaftaran atau penempatan semula, atau untuk memproses kes anda dengan lebih cepat. Jangan percaya kepada sesiapa atau mana-mana organisasi yang meminta anda membayar untuk sebarang perkhidmatan UNHCR atau rakan kongsi.
Berhati-hati dengan penipu yang mungkin menawarkan anda pendaftaran, penempatan semula, bantuan kewangan atau mana-mana bantuan lain, dokumen UNHCR yang palsu dan tuntutan palsu dengan pertukaran wang atau bantuan lain. Tawaran ini mungkin dibuat kepada anda secara peribadi atau melalui media sosial, termasuk Facebook, Telegram, WhatsApp, Viber, Instagram, YouTube atau lain-lain. Mereka mungkin menunjukkan maklumat untuk meyakinkan anda bahawa mereka ada hubungan dengan UNHCR. Tolong jangan percaya mereka.
Orang yang membuat janji palsu seperti itu hanya ingin mengambil kesempatan ke atas situasi anda. Jauhi mereka. Mereka mungkin akan mencuri wang anda atau mendapatkan keuntungan dengan menjual maklumat peribadi anda.
Sebarang perkhidmatan UNHCR yang ditawarkan kepada anda dengan pertukaran wang adalah penipuan. Jika wang atau sebarang bentuk bantuan lain, termasuk yang bersifat seksual, diminta daripada anda, anda perlumelaporkannya dengan segera kepada UNHCR melalui borang dalam talian di sini, kepada mana-mana rakan kongsi UNHCR, dan kepada balai polis terdekat dengan segera.
Penipuan adalah satu jenayah di bawah undang-undang Malaysia. Anda boleh pergi ke balai polis berhampiran dan melaporkan penipuan. Bawa bersama semua bukti yang anda ada semasa melaporkan kejadian penipuan.
Melaporkan insiden penipuan tidak akan melambatkan atau memberi kesan negatif kepada kes UNHCR anda.
Penipuan dan Rasuah
Penipuan ialah sebarang tindakan atau peninggalan, termasuk salah nyata atau penyembunyian maklumat, untuk mengelirukan UNHCR dengan sengaja, rakan kongsinya dan/atau pelarian untuk mendapatkan faedah.
Rasuah ialah menawarkan, memberi, menerima atau meminta (secara langsung atau tidak langsung) apa-apa yang bernilai untuk mempengaruhi tindakan pihak lain secara tidak wajar.
Penipuan secara amnya melibatkan tingkah laku tidak jujur untuk keuntungan peribadi atau kewangan. Rasuah ialah menawarkan atau menerima rasuah atau apa-apa bentuk kelebihan yang tidak wajar.
Untuk maklumat lanjut mengenai Rasuah dan Penipuan, layaria laman web Penipuan dan Rasuah.
Contoh Penipuan dan Rasuah Terhadap Pelarian
Penipuan identiti ialah apabila seseorang menggunakan maklumat peribadi orang lain untuk mendaftar dengan UNHCR, atau seseorang berbohong tentang nama mereka atau maklumat pengenalan lain. Ini mungkin termasuk seseorang yang menggunakan surat pendaftaran UNHCR orang lain untuk mengakses perkhidmatan atau proses yang ditujukan untuk orang itu.
Penipuan komposisi keluarga melibatkan pembohongan tentang komposisi sebenar keluarga atau hubungan dalam keluarga untuk mendapatkan faedah yang tidak wajar. Ini boleh melibatkan menambah atau mengeluarkan individu daripada kes berdasarkan tuntutan perhubungan keluarga palsu. Sebagai contoh, rakan yang mengaku sebagai saudara untuk menambah seseorang pada kes, atau seseorang mungkin menambah anak saudara sebagai anak mereka sendiri dalam kes mereka.
Penipuan dokumen melibatkan mengemukakan dokumen palsu atau dimanipulasi dokumen palsu sebagai tulen. Ini termasuk memalsukan keseluruhan dokumen, mengubah dokumen yang sah, atau menggunakan dokumen UNHCR yang palsu seperti kad pengenalan, surat UC, slip temu janji atau dokumen perubatan.
Skim eksploitasi melibatkan seseorang atau kumpulan orang yang secara palsu mendakwa mempunyai hubungan khas dengan UNHCR atau rakan kongsinya, termasuk negara penempatan semula, dan meminta bayaran sebagai pertukaran untuk pendaftaran, dokumen, penempatan semula atau sebarang proses UNHCR yang lain. Skim eksploitasi boleh berlaku secara peribadi oleh individu yang berpura-pura menjadi kakitangan UNHCR atau kakitangan rakan kongsi, atau secara dalam talian / melalui media sosial (cth. di Facebook di mana seseorang berjanji untuk mendaftarkan individu di lokasi tertentu dan memberikan dokumen UNHCR dengan bayaran, atau melalui mesej WhatsApp dengan foto atau klip audio yang menyamar sebagai kakitangan UNHCR/rakan kongsi, meminta individu membayar untuk proses UNHCR.
Rasuah melibatkan penawaran wang atau perkhidmatan kepada kakitangan UNHCR sebagai pertukaran untuk keputusan yang menguntungkan atau proses yang lebih cepat.
Notis Berkaitan
- Berhati-hati dengan Penipuan: Wanita Mendakwa Bekerja di UNHCR (08 Februari 2023)
- Berhati-hati dengan Penipuan: Ketua Komuniti (15 Februari 2023)
- Berhati-hati: Penipuan Pendaftaran dan Penempatan Semula di Facebook (16 Mac 2023)
- Berhati-hati dengan Penipuan: Seorang Lelaki bernama Osman, Michael atau Bo Bo Selai (28 September 2023)
- Berhati-hati dengan Penipuan : YouTuber Rohingya (04 Disember 2023)
- Lelaki bernama Devdas atau Davadass Anjan (22 Disember 2023)
Video-video Anti Penipuan
Penipu Menghantar Rakaman Suara melalui Aplikasi Telefon
Berhati-hati dengan orang yang menghantar pesanan suara kepada anda melalui aplikasi telefon yang mendakwa mempunyai hubungan dengan UNHCR, dan boleh membantu proses pendaftaran dan penempatan semula anda dengan bayaran tertentu.
Penipu Berhubung melalui Aplikasi Telefon
Berhati-hati dengan orang yang berhubung dengan anda melalui aplikasi telefon yang mengaku mempunyai hubungan dengan UNHCR, meminta maklumat peribadi untuk membantu dalam proses pendaftaran dan penempatan semula dengan bayaran tertentu.
Penipu Menbina Laman Web UNHCR Palsu / Aplikasi
Berhati-hati dengan laman web / aplikasi UNHCR yang palsu yang meminta maklumat peribadi pelarian untuk membantu dalam proses pendaftaran dan penempatan semula dengan bayaran tertentu.
Ketua Komuniti Mengaku Mempunyai Hubungan Istimewa dengan UNHCR
Berhati-hati dengan ketua komuniti yang mengaku ada hubungan istimewa dengan UNHCR, dan boleh membantu dalam proses pendaftaran dan penempatan semula dengan bayaran tertentu.
Penipu Menyamar Sebagai Pegawai UNHCR
Berhati-hati dengan individu yang menyamar sebagai kakitangan UNHCR, dan menawarkan proses pendaftaran dan penempatan semula dengan bayaran tertentu.
Bahan Komunikasi Berkaitan Berhati-hati Dengan Penipuan
Anda Ada Soalan?
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Berhati-hati dengan Penipuan.