FAQ Berhati-hati dengan Penipuan

Bagaimanakah saya tahu jika saya telah ditipu?

K
C

Penipu meminta wang, atau bantuan lain termasuk yang berunsur seksual sebagai pertukaran untuk perkhidmatan termasuk penempatan ke negara ketiga, pendaftaran, bantuan kewangan, dokumen UNHCR atau tuntutan pelarian. Tawaran ini mungkin dibuat kepada anda secara peribadi, melalui telefon atau melalui media sosial, termasuk Facebook, YouTube atau WhatsApp. Jika sebarang wang atau sebarang bantuan lain diminta sebagai pertukaran untuk proses UNHCR, ini adalah penipuan.

Kadangkala penipu berpura-pura mewakili UNHCR untuk mendapatkan kepercayaan anda. Mereka mungkin menunjukkan maklumat untuk meyakinkan anda bahawa mereka ada hubungan dengan UNHCR.

Orang yang menipu seperti itu cuba mengambil kesempatan atas keadaan anda. Jauhi mereka dan tolong jangan percaya. Individu tersebut hanya ingin mendapatkan wang anda. Berhati-hati dan jangan tertipu.

Sentiasa ingat bahawa semua perkhidmatan dan bantuan yang diberikan oleh UNHCR dan rakan kongsi kami adalah percuma.

Bagaimanakah saya boleh mengelak daripada ditipu?

K
C

Jangan kongsi data dan dokumen peribadi anda, termasuk pasport, sijil atau dokumen yang anda terima daripada UNHCR kepada sesiapa kecuali UNHCR dan rakan kongsi kami.

Semua perkhidmatan dan bantuan daripada UNHCR dan rakan kongsi kami adalah percuma. Jangan percaya kepada sesiapa atau mana-mana organisasi yang meminta anda membayar wang untuk perkhidmatan UNHCR.

Jangan percaya kepada sesiapa yang meminta wang atau sebarang bantuan, termasuk yang bersifat seksual, sebagai pertukaran untuk perkhidmatan UNHCR dan sila laporkan kepada UNHCR dengan segera.

Apa yang berlaku jika saya menipu?

K
C

Memberi maklumat palsu kepada UNHCR adalah penipuan. Anda mesti sentiasa memberikan maklumat yang lengkap dan benar kepada UNHCR.

Jika anda gagal memberikan maklumat yang benar, termasuk memutarbelitkan atau menyembunyikan fakta dengan tujuan untuk mengelirukan UNHCR, anda mungkin menghadapi akibat berikut :

  • Anda mungkin tidak layak untuk perlindungan, bantuan atau penyelesaian jangka panjang, termasuk bantuan kewangan atau penempatan ke negara ketiga;
  • Sebarang dakwaan penipuan akan direkodkan dalam fail anda;
  • Kes anda mungkin tertangguh dengan ketara semasa kes penipuan disiasat, dan ia akan ditangguhkan pada masa ini;
  • Sebarang rekod penipuan pada fail anda akan dikongsikan dengan negara ketiga; Jika anda disyaki telah melakukan jenayah, ini boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Bagaimana saya boleh melaporkan tentang penipuan?

K
C

Anda boleh membuat aduan tentang pelarian atau orang lain yang melakukan penipuan melalui borang aduan penipuan dan rasuah dalam dalam talian Refugee Malaysia di sini atau melalui e-mel ke mlslufrd@unhcr.org.

Jika anda ingin melaporkan salah laku kakitangan UNHCR, atau kakitangan rakan kongsi atau kontraktor UNHCR, sila laporkan dengan segera kepada Pejabat Ketua Inspektor UNHCR (IGO) di ibu pejabatnya melalui:

E-mel: inspector@unhcr.org
Dalam talian: Borang Aduan Dalam Talian IGO
Surat : UNHCR, 94 Rue de Montbrillant, 1202 Geneva, Switzerland

Klik di sini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang perkara yang akan berlaku dengan setiap kes yang dilaporkan kepada IGO.

Apabila melaporkan penipuan, adalah penting untuk memberikan maklumat sebanyak mungkin. Ini termasuk butiran tentang siapa yang disyaki melakukan penipuan, bila dan tempat kejadian yang didakwa berlaku, bagaimana cara penipuan dikenal pasti dan jenis penipuan yang mungkin berlaku. Sebarang bukti sokongan, maklumat mengenai saksi, atau butiran lain mengenai kejadian itu juga harus disertakan.

UNHCR mengambil serius semua aduan dan membuat susulan ke atas setiap individu. Sila ambil perhatian bahawa semua komunikasi dengan UNHCR akan dirahsiakan. Memfailkan aduan tidak akan memberi kesan kepada kes anda dengan UNHCR. Dalam aduan anda, sila berikan semua fakta dan bukti yang anda tahu. Jika anda memberikan butiran hubungan anda, kami akan membuat susulan mengenai aduan anda.

Aduan juga boleh dibuat tanpa nama.