COVID-19
Koronavirus 2019 (COVID-19) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis koronavirus yang baru ditemui.
Kebanyakan individu yang dijangkiti virus COVID-19 akan mengalami jangkitan pernafasan yang ringan atau sederhana dan boleh sembuh tanpa memerlukan rawatan yang lebih rapi. Warga emas, dan individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kardiovaskular, kencing manis, masalah pernafasan kronik dan kanser berisiko mendapat jangkitan yang lebih serius.
Cara yang terbaik untuk mencegah dan melambatkan penularan COVID-19 adalah dengan memastikan anda sentiasa sedia maklum tentang virus ini, penyakit yang boleh timbul akibat COVID-19 dan bagaimana ia merebak. Lindungi diri anda dan orang lain daripada jangkitan dengan kerap membersihkan tangan atau menggunakan sapuan berasaskan alkohol, dan elakkan menyentuh muka anda.
Virus COVID-19 merebak melalui titisan air liur ataupun hidung apabila individu yang dijangkiti batuk ataupun bersin. Maka adalah sangat penting untuk anda mempraktikkan amalan batuk dan bersin yang betul (contohnya, batuk ke arah siku yang dibengkokkan).
Sumber: WHO
Pencegahan
Untuk mencegah dan melambatkan penularan COVID-19, ikut langkah di bawah:
- Kerap membersihkan tangan anda dengan air dan sabun, ataupun menggunakan sapuan berasaskan alkohol.
- Jarakkan diri anda sekurang-kurangnya 1 meter dari orang yang batuk ataupun bersin.
- Elakkan menyentuh muka anda.
- Menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin.
- Duduk di rumah jika anda tidak sihat.
- Elakkan merokok dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh melemahkan paru-paru.
- Amalkan penjarakan sosial dengan mengurangkan perjalanan yang tidak perlu dan menjauhi kumpulan orang yang ramai.
Sumber: WHO
Simptom
COVID-19 mempunyai kesan yang berlainan untuk individu yang dijangkiti: Kebanyakan individu yang dijangkiti akan mengalami simptom yang ringan ke sederhana dan boleh pulih tanpa rawatan lanjut di hospital.
Simptom biasa:
- Demam.
- Batuk kering.
- Kelesuan.
Simptom luar biasa:
- Sakit badan
- Sakit tekak.
- Cirit-birit.
- Konjunktivitis.
- Sakit kepala.
- Hilang deria rasa atau bau.
- Ruam di kulit ataupun perubahan warna pada jari tangan dan kaki.
Simptom serius:
- Kesukaran bernafas.
- Sakit atau tekanan di dada.
- Kehilangan pertuturan atau pergerakan.
Pastikan anda mendapatkan rawatan perubatan segera jika anda mengalami simptom serius. Sebelum berjumpa doktor ataupun pergi ke fasiliti kesihatan, pastikan anda menelefon terlebih dahulu.
Individu yang mengalami simptom sederhana tetapi selain itu masih sihat patut menguruskan simptom mereka di rumah.
Secara purata, individu yang dijangkiti dengan virus ini akan mengambil masa 5-6 hari untuk mengalami simptom tetapi ia juga boleh memakan masa sehingga 14 hari.
Sumber: WHO
Adakah Anda Positif COVID-19 dan Berada di Rumah?
- Pastikan anda duduk di bilik yang terasing daripada orang lain di rumah. Ia lebih baik jika bilik tersebut mempunyai bilik air sendiri.
- Pantau keadaan anda untuk simptom-simptom COVID-19 Hubungi 999 jika simptom anda semakin teruk (kesukaran bernafas dan demam panas).
- Jika anda perlu berkongsi bilik air, pastikan bilik air dibersih dan dibasmi kuman setiap kali digunakan.
- Kerap membersihkan tangan anda dengan air dan sabun ataupun perbersih tangan.
- Pakai penutup muka dan pastikan penjarakan fizikal 1-2 meter antara anda dan orang lain di rumah.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Vaksinasi
Pandemik COVID-19 telah menunjukkan bahawa kita, sebagai satu komuniti global, hanya boleh selamat jika semua orang disertakan dan dilindungi. Vaksin adalah salah satu cara untuk membendung wabak ini. Vaksin berfungsi dengan melindungi anda dan orang yang anda sayangi daripada mendapat komplikasi teruk akibat jangkitan COVID-19.
Warga emas dan individu yang mempunyai penyakit sedia ada seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit paru-paru dan sebagainya sangat mudah mengalami komplikasi teruk kerana COVID-19. Oleh itu, setiap orang digalakkan mengambil vaksin.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Pada Jun 2021, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang akan dilaksanakan dalam empat fasa. Pelan Pemulihan Negara ini akan dijalankan berdasar tiga indikator:
- Purata kes harian COVID-19
- Penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU)
- Peratusan populasi layak yang divaksinasi sepenuhnya
Sila patuh kepada SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menurunkan kadar jangkitan COVID-19.