Garis Panduan (SOPs)
Dikemaskini: 25 November 2021
Pada Jun 2021, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang akan dilaksanakan dalam empat fasa. Pelan Pemulihan Negara ini akan dijalankan berdasar tiga indikator:
- Purata kes harian COVID-19
- Penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU)
- Peratusan populasi layak yang divaksinasi sepenuhnya
Sila patuh kepada SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menurunkan kadar jangkitan COVID-19.
Fasa 1
Sama seperti PKP pertama pada Mac 2020 dengan sekatan ketat ke atas pergerakan dan penutupan penuh hampir semua sektor selain daripada sektor ekonomi dan perkhidmatan penting.
Pembelajaran di atas Talian
Pembelajaran secara atas talian sahaja
Aktiviti Sosial
Sebarang aktiviti sosial tidak dibenarkan
Kenderaan Berpenumpang
Tidak lebih daripada 2 penumpang dibenarkan menaiki kenderaan
Perkhidmatan Penting
Perkhidmatan penting boleh beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam
Perjalanan Rentas Negeri
Rentas negeri tidak dibenarkan
Fasa 2
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk beralih ke Fasa 2 jika kes harian COVID-19 di bawah 4,000, sistem penjagaan kesihatan tidak lagi berada pada tahap kritikal dan 10% daripada populasi telah divaksin sepenuhnya.
Kembali Ke Sekolah
Hanya kelas peperiksaan boleh kembali ke sekolah
Aktiviti Sosial
Sebarang aktiviti sosial tidak dibenarkan
Kenderaan Berpenumpang
Tidak lebih daripada 2 penumpang dibenarkan menaiki kenderaan
Sukan Luar Tanpa Sentuh
Hanya sukan luar tanpa sentuh dibenarkan
Perjalanan Rentas Negeri
Rentas negeri tidak dibenarkan
Fasa 3
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk beralih ke Fasa 3 jika kes harian COVID-19 di bawah 2,000, sistem penjagaan kesihatan beroperasi pada tahap yang selesa dan 40% daripada populasi telah divaksin sepenuhnya.
Kembali Ke Sekolah
Hanya kelas peperiksaan boleh kembali ke sekolah
Dine-in
Dine-in dibenarkan untuk orang yang divaksin sepenuhnya
Sukan Tanpa Sentuh
Semua sukan tanpa sentuh dibenarkan
Kenderaan Berpenumpang
3 orang dari satu rumah yang sama dibenarkan keluar
Perjalanan Rentas Negeri
Rentas negeri tidak dibenarkan
Fasa 4
Apabila kes harian COVID-19 di bawah 500, sistem penjagaan kesihatan adalah stabil, dan 60% daripada populasi telah lengkap divaksin, kerajaan akan mempertimbangkan untuk beralih ke Fasa 4.
Perhimpunan Agama
Perhimpunan agama dibenarkan
Aktiviti Sosial
Aktiviti sosial dibenarkan pada kapasiti 50%.
Dine-in
Dine-in dibenarkan untuk orang yang divaksin sepenuhnya
Perjalanan Rentas Negeri
Perjalanan rentas negeri dibenarkan untuk orang yang divaksin sepenuhnya
Pelitup Muka
Harap maklum bahawa wajib memakai pelitup muka di semua tempat awam / luar. Pelitup muka hanya boleh dibuka:
- Semasa di rumah dengan hanya ahli keluarga.
- Semasa di hotel atau pusat penginapan dengan ahli keluarga sahaja.
- Ketika bersendirian di ruang kerja.
- Semasa melakukan aktiviti sukan atau rekreasi (dalaman atau luaran), yang sepatutnya dilakukan SENDIRI.
- Di dalam kereta dengan ahli keluarga sahaja.
- Di dalam atau di luar rumah tanpa individu lain di sekitar.
- Semasa makan atau minum.