Soalan Lazim Perlindungan Undang-Undang
Rakan/ahli komuniti saya telah ditangkap. Bagaimana saya boleh membuat laporan kepada UNHCR?
Anda boleh membuat laporan menggunakan saluran berikut:
- Borang Laporan Tangkapan dan Tahan
- Talian Tangkapan dan Tahanan (Talian ini hanya menerima panggilan telefon dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia)
Tolong jangan laporkan penahanan individu yang sama melalui pelbagai saluran, kerana ini boleh melambatkan tindak balas UNHCR. Semasa melaporkan penangkapan dan penahanan, sila sertakan:
- Nama anda, nombor fail UNHCR dan nombor telefon
- Nama individu yang ditangkap, umur, jantina dan nombor fail UNHCR (jika berdaftar)
- Jika ada: nombor tahanan, lokasi tahanan, tarikh tangkapan, sebab penangkapan, pihak berkuasa yang menangkap (sama ada imigresen, polis atau lain-lain), tarikh mahkamah, jenis pertuduhan dan lokasi mahkamah (jika individu itu didakwa)
Berapa lama masa yang diambil oleh UNHCR untuk membantu membebaskan seseorang dari pusat tahanan?
UNHCR mengambil tindakan segera apabila menerima laporan tangkapan atau tahanan, termasuk menggalak pihak berkuasa supaya tidak menangkap atau menahan pemohon suaka dan pelarian. Walaupun UNHCR mengutamakan pembebasan individu yang berisiko, keputusan untuk membebaskan mana-mana tahanan terletak sepenuhnya pada pihak berkuasa Malaysia.
Rakan/ahli keluarga saya dihantar pulang, apakah yang boleh saya lakukan?
Sila maklumkan kepada UNHCR dengan segera menggunakan borang Laporan Tangkapan dan Tahanan atau dengan menghubungi Talian Tangkapan dan Tahanan.
Kongsikan seberapa banyak maklumat yang ada, seperti nama dan nombor fail UNHCR individu tersebut, tarikh dijangka di hantar pulang, tempat tahanan terkini, nombor badan terkini, sama ada tiket penerbangan telah dibeli, dan sama ada individu itu telah bersetuju untuk meninggalkan negara ini.