Surat yang telah dikemaskini: Pengesahan dokumen UNHCR yang telah tamat tempoh semasa situasi COVID-19

Jumaat / 09 Julai 2021

Oleh kerana situasi COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang berterusan, Pejabat UNHCR tidak dapat beroperasi seperti biasa. Ini termasuk pembaharuan dokumen UNHCR yang telah tamat tempoh, atau penggantian dokumen UNHCR yang hilang atau rosak.

Sehubungan dengan itu, Pejabat UNHCR telah mengeluarkan surat yang dikemas kini untuk mengesahkan bahawa dokumen UNHCR yang melepasi tarikh luputnya akan tetap sah sehingga dokumen tersebut diperbaharui. Kami berharap agar surat ini dapat mengurangkan beban yang dihadapi oleh para pelarian dan pencari suaka yang kini memegang dokumen UNHCR yang telah tamat tempoh.

Sila ambil perhatian bahawa surat ini bukan berfungsi sebagai pengganti dokumen UNHCR dan tidak dibenarkan untuk digunakan sedemikian rupa.

Versi surat yang boleh dicetak dapat diakses dengan mengklik butang di bawah. Surat itu juga boleh dimuat turun dalam bentuk PDF melalui telefon pintar.



Share