Wanita Berpura-pura Menjadi Kakitangan UNHCR

Rabu / 12 Jun 2024

UNHCR terus menerima laporan terkini tentang seorang wanita yang mendakwa bekerja dengan Unit Pendaftaran (Registration) dan Penempatan Semula (Resettlement) di UNHCR. Wanita itu menghubungi pelarian melalui WhatsApp dengan menghantar mesej suara dan mesej teks, dan telah meminta antara RM2,000-3,000 untuk dipindahkan ke akaun bank sebagai pertukaran untuk dokumen UNHCR, janji temu dan temu duga untuk Pendaftaran dan Penempatan Semula.

Nombor telefon yang diketahui digunakan oleh penipu ialah 011-33321567 atau 011-16560601. Wanita itu memberitahu individu jika mereka melaporkannya, dokumen UNHCR mereka akan dibatalkan dan kes mereka akan ditutup. Seterusnya dia mendakwa bahawa tiada apa yang akan berlaku kepadanya kerana dia bekerja untuk UNHCR.

Anda dinasihatkan untuk tidak membalas dan mengabaikan semua mesej daripada nombor telefon ini, dan melaporkannya kepada UNHCR melalui borang dalam talian, melampirkan tangkapan skrin mesej yang dihantar kepada anda.

Ini adalah satu penipuan. Individu ini tidak bekerja dengan UNHCR. Semua perkhidmatan UNHCR adalah percuma. Anda tidak boleh membayar mana-mana kakitangan UNHCR atau mana-mana individu untuk memproses kes anda untuk Pendaftaran, Penentuan Status Pelarian (RSD), Penempatan Semula atau sebarang sebab lain.

Berhati-hati dengan orang yang mengaku mempunyai kaitan dengan UNHCR yang boleh membantu anda mendapatkan temu duga atau penempatan semula dengan pertukaran wang. Jangan kongsi maklumat peribadi anda dengan mereka.

UNHCR tidak akan sekali-kali meminta anda memindahkan wang ke nombor akaun bank. Mana-mana kakitangan UNHCR yang terlibat mengambil wang daripada pelarian akan segera diberhentikan kerja dan dilaporkan kepada polis.

Kad UNHCR anda tidak akan dibatalkan dan kes anda tidak akan ditangguhkan atau ditutup jika anda melaporkan aktiviti yang mencurigakan kepada UNHCR.

Jika anda dihubungi oleh individu yang mendakwa boleh menyediakan perkhimatan UNHCR (temu duga untuk Pendaftaran, RSD, Penempatan Semula dan lain lain) dengan syarat dia dibayar, tamatkan panggilan telefon dengan segera dan laporkan perkara ini kepada:

  • Pusat Respons Penipuan CCID polis di talian 03-26101559 atau 03-26101599
  • UNHCR melalui borang ini

Untuk maklumat lanjut tentang proses dan bantuan UNHCR, sila rujuk laman web Refugee Malaysia.



Share