Temujanji Dalam Talian untuk Pendaftaran Kelahiran JPN Malaysia

Sabtu / 07 Ogos 2021

Harap maklum bahawa di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara, bermula 1 Julai 2021, semua perkhidmatan kaunter di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) / National Registration Department (NRD) memerlukan temujanji terlebih dahulu. Sebarang urusan tanpa bukti temujanji ataupun secara walk-in tidak dibenarkan.

Pelarian dan pemohon suaka yang hendak mendaftarkan anak mereka dengan JPN perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Untuk mendapatkan tarikh temujanji, sila layari MyJanjiTemu.

Harap maklum bahawa di lokasi tertentu seperti Lembah Klang, slot tarikh temujanji JPN ditempah sepenuhnya beberapa minggu lebih awal jadi sila rancang dengan sewajarnya. Anda boleh menempah temujanji pendaftaran kelahiran seawal 2 bulan sebelum anak anda dijangkakan lahir.

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran kelahiran dengan JPN Malaysia termasuklah borang-borang dan dokumen yang diperlukan, sila layari halaman Mendaftarkan Anak Anda di laman web Refugee Malaysia.



Share