Tolong jangan hantar surat atau membayar sesiapa, termasuk individu di dalam komuniti anda, untuk menghantar surat memohon pendaftaran atau penempatan di negara ketiga bagi pihak anda. Sila guna borang Permohononan Pendaftaran Baru di laman web Refugee Malaysia untuk memohon temu duga pendaftaran. Pastikan anda menyimpan nombor rujukan anda. Ia boleh ditunjuk kepada pihak berkuasa apabila mereka meminta pengenalan diri anda. Dengan cara ini, kami boleh bertindak balas dengan lebih baik kepada permintaan anda. Temujanji akan diberikan kepada anda mengikut kapasiti kami. Ini juga akan membantu UNHCR untuk mengutamakan pemprosesan dan perkhidmatan penting yang lain.
Rayuan keputusan penentuan status pelarian (RSD) dan permohonan pembukaan fail mesti di hantar melalu emel ke mlslursd@unhcr.org.