UNHCR telah menerima laporan bahawa seorang individu Rohingya yang mendakwa boleh memberi akses kepada proses UNHCR telah membuat kumpulan dan saluran WhatsApp baharu menggunakan logo UNHCR. Ini adalah orang yang sama yang telah menyiarkan video di YouTube yang mendakwa dapat memberikan akses kepada proses UNHCR (Berhati-hati dengan Penipuan: YouTuber Rohingya).
Ini adalah satu penipuan. Individu tersebut bukanlah kakitangan UNHCR. Dia tidak mempunyai kaitan dengan UNHCR. Dia tidak mempunyai kuasa atau keupayaan untuk mengeluarkan dokumen UNHCR atau meminta maklumat peribadi daripada sesiapa.
Sila ambil perhatian juga bahawa UNHCR tidak akan meminta wang daripada anda. Berhati-hati dengan individu yang mendakwa boleh membantu anda mendapatkan dokumen UNHCR, mengakses proses UNHCR atau mempercepatkan kes anda dengan pertukaran wang. Jangan kongsi maklumat peribadi anda dengan mereka.
Jika anda terjumpa individu yang mendakwa boleh menyediakan perkhidmatan UNHCR (dokumen UNHCR, RSD, penempatan di negara ketiga dan lain-lain) dengan syarat dia dibayar, laporkan perkara ini kepada:
- Pusat Respons Penipuan CCID polis di talian 03-26101559 atau 03-26101599
- UNHCR melalui borang ini
Kad UNHCR anda tidak akan dibatalkan dan kes anda tidak akan ditangguhkan atau ditutup jika anda melaporkan aktiviti yang mencurigakan kepada UNHCR.
Untuk maklumat lanjut tentang proses dan bantuan UNHCR, sila rujuk laman web Refugee Malaysia.