Kami dimaklumkan tentang satu mesej yang menyebarkan maklumat palsu. Mesej itu mendakwa bahawa mulai 1 Disember 2025, UNHCR akan memulakan pendaftaran rasmi untuk pemohon warga Syria dan Yaman di Malaysia. Ia juga menggalakkan orang ramai datang ke UNHCR tanpa temu janji dan mendapatkan kad UNHCR.
Maklumat ini tidak benar. Tiada tarikh ditetapkan untuk pendaftaran bagi mana-mana kewarganegaraan tertentu.
Untuk maklumat yang betul dan terkini mengenai perkhidmatan UNHCR, sila rujuk sumber rasmi UNHCR — laman web Refugee Malaysia: https://refugeemalaysia.org/
UNHCR terus memproses permohonan daripada warga Syria, Yaman, dan lain-lain seperti biasa, seperti yang diterangkan di laman web Refugee Malaysia (Pendaftaran dengan UNHCR | Refugee Malaysia).) . Jika anda ingin memohon untuk pendaftaran, sila lawati Laman Hubungi Kami. Anda akan dihubungi melalui telefon, mesej teks, atau emel untuk menghadiri temu janji di pejabat UNHCR.