Pendidikan
Di Malaysia, kanak-kanak dan belia pelarian dan pemohon suaka tidak dibenarkan untuk menghadiri sekolah kebangsaan di mana-mana peringkat. Mereka cuma boleh mengakses pendidikan melalui saluran tidak formal seperti pusat pembelajaran komuniti yang disokong oleh UNHCR dan rakan kongsinya. Terdapat kira-kira 150 pusat pembelajaran di seluruh Semenanjung Malaysia yang diiktiraf oleh UNHCR, tetapi ini tidak bermakna pusat pembelajaran atau kakitangan tersebut menerima sebarang sokongan kewangan daripada UNHCR.
Untuk mencari pusat pembelajaran terdekat dengan anda, sila rujuk senarai pusat pembelajaran di bawah untuk pelarian dan pemohon suaka bagi setiap peringkat pendidikan. Setiap pusat pembelajaran mengenakan yuran yang berbeza dan mempunyai peraturan serta dasar yang berbeza untuk pendaftaran. Bukan semua pusat pembelajaran akan mengenakan pembayaran. Sila hubungi pusat pembelajaran tersebut untuk mengetahui caj bayaran dan dasar mereka. Akibat kekangan kewangan, UNHCR tidak dapat memberikan bantuan kewangan untuk yuran sekolah.
Pusat pembelajaran yang disenaraikan di bawah diiktiraf oleh UNHCR berdasarkan garis panduan ini. Jika anda merupakan pusat pembelajaran yang mahukan pengiktirafan dan ingin dimasukkan dalam senarai UNHCR di bawah, sila baca garis panduan untuk memahami proses-proses UNHCR mengiktiraf pusat pembelajaran di Malaysia.
Pendidikan Prasekolah / Awal Kanak-Kanak
Pendidikan prasekolah ataupun pendidikan awal kanak-kanak adalah untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun. Ini akan menyediakan mereka untuk pendidikan rendah.
Pendidikan prasekolah memberi tumpuan kepada interaksi dengan kanak-kanak lain dan guru untuk meningkatkan kemahiran bahasa dan sosial, dan membangunkan kemahiran logik dan penaakulan asas. Kanak-kanak diperkenalkan dengan huruf dan nombor dan digalakkan untuk meneroka persekitaran mereka.
Sila hubungi pusat pembelajaran tersebut untuk mengetahui caj bayaran dan dasar mereka. Akibat kekangan kewangan, UNHCR tidak dapat memberikan bantuan kewangan untuk yuran sekolah. Pusat pembelajaran berikut menawarkan pendidikan prasekolah ataupun pendidikan awal kanak-kanak untuk pelarian dan pemohon suaka.
Pendidikan Rendah
Pendidikan rendah adalah untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 13 tahun. Ini mengajar mereka membaca, menulis dan matematik. Ia juga menyediakan asas untuk pembelajaran di dalam semua bidang pengetahuan dan pembangunan peribadi, dan menyediakan kanak-kanak untuk pendidikan menengah dan seterusnya. Ia biasanya mengambil masa 6 tahun untuk dihabiskan.
Sila hubungi pusat pembelajaran tersebut untuk mengetahui caj bayaran dan dasar mereka. Akibat kekangan kewangan, UNHCR tidak dapat memberikan bantuan kewangan untuk yuran sekolah. Pusat pembelajaran berikut menawarkan pendidikan rendah untuk pelarian dan pemohon suaka.
Pendidikan Menengah
Pendidikan menengah adalah untuk kanak-kanak berusia 14 tahun ke atas. Ia sambungan daripada pendidikan rendah dan merupakan tempat untuk kanak-kanak mengembangkan nilai yang dipelajari di pendidikan rendah dan meningkatkan kemahiran literasi dan numerasi mereka. Di peringkat pendidikan menengah, kanak-kanak memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam kerana mereka diajar oleh pakar mata pelajaran.
Sila hubungi pusat pembelajaran tersebut untuk mengetahui caj bayaran dan dasar mereka. Akibat kekangan kewangan, UNHCR tidak dapat memberikan bantuan kewangan untuk yuran sekolah. Pusat pembelajaran berikut menawarkan pendidikan menengah untuk pelarian dan pemohon suaka.
Pendidikan Tinggi / Pasca-Menengah / Tertiari
Pendidikan tinggi, just dikenali sebagai pendidikan pasca-menengah atau pendidikan tertiari, adalah peringkat yang menyusuli pendidikan menengah. Ia merupakan peringkat terakhir pembelajaran formal dan tidak wajib, di mana pelajar boleh memilih bidang pengkhususan yang kemudiannya membolehkan mereka menerima ijazah akademik dan meneruskan kerjaya sebagai profesional dalam bidang yang dipilih.
Di Malaysia, pelarian dan pemohon suaka tidak dibenarkan untuk menghadiri kolej dan institut pengajian tinggi awam. Sebilangan kecil belia pelarian telah dapat mendaftar ke dalam program pasca-menengah dan pengajian tinggi di kolej dan universiti swasta. Walaupun kolej dan universiti swasta mengenakan yuran yang lebih tinggi, mereka juga kadangkala menawarkan biasiswa dan diskaun yuran untuk pelarian. UNHCR telah membentuk perkongsian dengan institut pengajian tinggi swasta, seperti Brickfields Asia College (BAC) Education Group Make It Right Movement. Sila layari Make It Right Movement untuk maklumat lanjut mengenai kursus dan peluang yang ditawarkan oleh BAC.
Sesetengah institut pengajian di luar Malaysia juga menawarkan biasiswa untuk pelarian yang berada di mana-mana sahaja di dunia, dan kadangkala menawarkan sokongan kepada penerima biasiswa untuk pergi dan belajar di negara institut pengajian tersebut. Sila layari Peluang Biasiswa Untuk Pelarian untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa ini, dan layari laman ini untuk biasiswa yang sedia ada untuk pelarian di Malaysia.
UNHCR juga telah berusaha untuk meningkatkan peluang pembelajaran melalui pembelajaran bersambung, iaitu satu bentuk pengajian tinggi inovatif yang menggunakan teknologi untuk menggabungkan pembelajaran secara bersemuka dan dalam talian. Ia membolehkan pelajar yang berada di kawasan terpencil ataupun yang tidak mempunyai akses kepada pengajian tinggi untuk berhubung dengan universiti terkemuka. Sejak 2010, lebih daripada 25,000 orang pelajar pelarian daripada 23 buah negara telah mengambil bahagian dalam program pembelajaran bersambung di platform seperti Coursera. Sila layari Coursera untuk maklumat lanjut mengenai cara pelarian yang berada di mana-mana sahaja di dunia boleh mengakses Coursera.