Perlindungan Undang-Undang
Pelarian dan pemohon suaka mesti mematuhi undang-undang Malaysia

Orang pelarian dan pemohon suaka yang melakukan sebarang jenayah di Malaysia akan dihukum mengikut undang-undang Malaysia

Orang pelarian atau pemohon suaka tersebut akan melalui siasatan polis, ditangkap, dituduh dan dipenjarakan, sama seperti orang lain.

UNHCR tidak memberi sebarang bantuan undang-undang kepada orang pelarian dan pemohon suaka yang melakukan kesalahan di Malaysia yang tidak berkaitan dengan imigresen.
Apabila orang pelarian atau pemohon suaka ditangkap atau ditahan atas sebab-sebab imigresen, UNHCR akan memohon untuk mereka dilepaskan dengan:

Menerima dan mengesahkan maklumat tentang sebarang penangkapan dan penahanan yang diterima melalui borang online laman web Refugee Malaysia atau Talian Tangkapan

Melibatkan pihak penguatkuasa undang-undang untuk mengesahkan status pelarian dan pemohon suaka yang telah ditangkap atau ditahan

Menawarkan wakil undang-undang dan bantuan kepada orang pelarian dan pemohon suaka
UNHCR mengikuti semua laporan tangkapan yang dibuat melalui Talian Tangkapan dan Tahanan, dan laman web Refugee Malaysia. UNHCR akan campur tangan dengan segera dengan pihak penguatkuasa undang-undang untuk membantu mereka yang ditangkap di bawah Akta Imigresen bagi mengelakkan penahanan yang lebih lama atau pendakwaan. Harap maklum bahawa UNHCR mungkin tidak dapat membantu semasa tempoh reman 14 hari melainkan pihak berkuasa secara khusus meminta UNHCR untuk mengesahkan identiti individu yang telah ditangkap.
Dalam tempoh tahanan reman, individu tersebut akan ditahan supaya pihak penguatkuasa boleh menjalankan siasatan lanjut mengenai kesalahan yang disyaki. Bergantung kepada hasil siasatan, individu itu boleh dibebaskan atau dibawa ke mahkamah.
Melaporkan Tangkapan dan Tahanan
Di Mana Untuk Laporkan?
1. Talian tangkapan dan tahanan
Hubungi talian penahanan dan penahanan UNHCR (Bahasa Inggeris dan Melayu sahaja).
+6012 630 5060
Isnin hingga Jumaat: 2PM hingga 6PM
Sabtu hingga Ahad: 8AM hingga 4PM
2. Laman web Refugee Malaysia
Pergi ke halaman Hubungi Kami di laman web Refugee Malaysia dan pilih ‘Report arrest and detention’.
Bila Perlu Buat Laporan?
- Apabila ada orang pelarian atau pemohon suaka yang ditangkap atau ditahan
- Laporkan secepat mungkin
1. Berikan maklumat yang berkaitan semasa membuat laporan
Nama, umur, jantina, nombor fail UNHCR, negara asal, warganegara, etnik, agama, sebarang masalah kesihatan dan isu-isu lain.
Maklumat tangkapan:
Tarikh tangkapan, sebab tangkapan, tempat tangkapan/tahanan, sebarang maklumat mengenai mahkmah.
2. Berikan maklumat terbaru
Berikan maklumat terbaru apabila ada
Jika Anda Dihentikan atau Ditangkap

Kekal tenang

Beri kerjasama yang baik kepada pegawai

Tanya kenapa anda ditangkap

Tunjuk dokumen UNHCR asli anda kepada pegawai

Pegawai boleh mengesahkan dokumen UNHCR asli anda dengan kod QR menggunakan aplikasi UNHCR Verify Plus

Beritahu UNHCR, ahli keluarga atau kawan-kawan secepat mungkin*
*Beritahu mereka nombor dokumen UNHCR atau nombor rujukan anda, tempat ditangkap, balai polis yang terlibat dan nombor telefon, nombor lencana pegawai yang menangkap (jika ada), tarikh mahkamah dan lain-lain.
Jika Anda Dibawa ke Mahkamah
Beritahu Mahkamah
Jika anda mempunyai dokumen UN atau telah mengemukakan permohonan pendaftaran, sila maklumkan kepada mahkamah
Beritahu UNHCR
Beritahu UNHCR dengan segera bahawa anda sedang dibawa ke mahkamah dan minta kebenaran daripada hakim untuk menghubungi UNHCR, atau keluarga/rakan anda
Minta Jurubahasa
Jika anda tidak faham Bahasa Malaysia atau apa-apa yang dikatakan, minta jurubahasa dengan menyebut “UNHCR” berulang kali. Jangan mengangguk atau menggelengkan kepala anda, kerana ini mungkin kelihatan seperti anda memahami apa yang diperkatakan
Kenalkan Diri Anda
Beritahu Hakim bahawa anda seorang pelarian atau pencari suaka yang berdaftar dengan UNHCR
Minta Peguam
Beritahu Hakim yang anda perlukan bantuan guaman
Peringatan
- Bawa dokumen UNHCR asli kemana saja anda pergi
- Ingat nombor dokumen UNHCR anda
- Pastikan ahli keluarga atau kawan-kawan ingat nombor UNHCR anda
- Hafal satu atau dua nombor telefon ahli keluarga atau ketua komuniti anda
- Pastikan ahli keluarga atau kawan-kawan tahu lokasi anda
Melaporkan Jenayah
Ada dua jenis laporan polis:
- Anda boleh membuat “laporan kes” jika anda hanya ingin memaklumkan kepada polis, tetapi tidak mahu polis mengambil tindakan lanjut terhadap orang yang melakukan jenayah tersebut.
- Anda boleh membuat “laporan tindakan” jika anda ingin polis mengambil tindakan lanjut, seperti meminta orang yang melalukan jenayah itu disiasat, ditangkap, dan didakwa di mahkamah.
Membuat Laporan Polis
Pergi ke Balai Polis
- Pergi ke balai polis terdekat. Semua balai polis dibuka 24 jam setiap hari
- Anda boleh pergi bersama keluarga, rakan, ketua masyarakat dan penterjemah jika anda tidak berbahasa Inggeris atau Melayu
- Bawa dokumen pengenalan anda (seperti kad UNHCR) dan dokumen lain yang berkaitan dengan insiden tersebut
Di Balai Polis
- Kenalkan diri anda dan tunjuk dokumen identiti anda kepada pihak polis
- Beritahu polis jenis laporan polis yang anda ingin buat (laporan kes atau laporan tindakan).
- Terangkan kepada polis di mana kejadian itu berlaku, bila ia berlaku, siapa yang terlibat dan apa yang terjadi
Apa Langkah Seterusnya?
- Anda akan diberi salinan laporan polis secara percuma
- Anda dan individu-individu yang terlibat mungkin akan dipanggil oleh pegawai polis untuk temuduga
- Anda mungkin perlu hadir ke Mahkamah sebagai saksi jika pihak berkuasa memutuskan untuk mendakwa penjenayah tersebut
Tip Tambahan!
- Ia mungkin lebih cepat jika anda menyediakan draf laporan polis sebelum pergi ke balai polis
- Draf laporan mestilah dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia
- Simpan laporan dalam mesej atau nota di dalam telefon anda, pendrive kosong atau tuliskan di atas kertas. Bawa ke balai polis
Terdapat NGO yang menyediakan bantuan guaman untuk keganasan berasaskan jantina dan pertikaian di tempat kerja. Sila rujuk halaman Keganasan Berasaskan Jantina dan Sara Hidup.
Kesedarang Undang-Undang
Ramai pelarian yang tiba di Malaysia tidak pasti hak mereka, terutamanya dengan kerumitan tidak mempunyai status rasmi. Berita baiknya, pelarian mempunyai hak tertentu di bawah undang-undang Malaysia.
Memahami hak dan tanggungjawab tersebut boleh memperkasakan dan memastikan anda mendapat maklumat terutamanya apabila berisiko dieksploitasi, ditangkap atau dihantar pulang.
Dalam meningkatkan akses pelarian kepada keadilan, UNHCR bersama-sama dengan Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, mencipta satu siri video kesedaran undang-undang untuk membantu anda memahami dengan lebih baik hak dan tanggungjawab anda di Malaysia. Video bermaklumat ini merangkumi beberapa isu perundangan yang penting dan menjawab soalan undang-undang yang sering ditanya oleh pelarian dan pemohon suaka di Malaysia.
Tonton video hari ini dan perkasakan diri anda!
Sentiasa ambil tahu, ketahui hak anda!
Awam & Perkara Umum
Video ini memberikan pemahaman asas mengenai kontrak, menyewa rumah, menangani kemalangan jalan raya dan banyak lagi, untuk melengkapkan diri dengan lebih baik dengan pemahaman undang-undang asas apabila menangani perkara tersebut.
Penjenayah & Undang-undang Imigresen
Pernah terfikir apakah hak anda jika anda disoal oleh pihak berkuasa? Video ini merangkumi asas-asas kesalahan jenayah dan peraturan imigresen di Malaysia.
Undang-Undang Keluarga
Video ini menawarkan maklumat tentang isu seperti pendaftaran perkahwinan, perceraian dan pengambilan anak angkat. Ia juga menyentuh topik keganasan rumah tangga bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu tersebut.
Undang-Undang Pekerjaan
Walaupun pelarian dan pemohon suaka tidak dapat bekerja secara formal di Malaysia, adalah penting untuk memahami hak dan kewajipan anda di tempat kerja. Ini adalah untuk memastikan anda tidak didiskriminasi atau dieksploitasi, dan memastikan anda menerima layanan yang adil oleh majikan anda.
Video Kesedaran Undang-undang ini tersedia dalam bahasa lain pada senarai main Kesedaran Undang-undang di Saluran Youtube Refugee Malaysia.
Sokongan Bantuan Guaman untuk Pelarian dan Pemohon Suaka di Malaysia
Jika anda memerlukan bantuan guaman, anda boleh menghubungi Pusat Bantuan Guaman terdekat di kawasan anda. Pusat Bantuan Guaman ini dikendalikan oleh Badan Peguam Malaysia untuk memberikan nasihat guaman percuma terutamanya dalam kes yang melibatkan:
-
- Jenayah / Imigresen
-
- Urusan Kekeluargaan
-
- Pertikaian di tempat Kerja
-
- Perkara Sivil dan Am
Pusat Bantuan Guaman terlebih dahulu akan menilai kes anda dan melihat sama ada mereka dapat memberikan sebarang bantuan. Jika mereka boleh menugaskan peguam untuk kes anda, anda mungkin perlu membayar sedikit yuran pemprosesan. Apabila melawat pusat ini, adalah berguna jika anda mempunyai dokumen yang berkaitan, seperti:
-
- Butiran pengenalan peribadi (cth. kad UNHCR)
-
- Sebarang dokumen yang berkaitan dengan isu anda (cth. laporan polis, saman mahkamah, perjanjian, dll)
Sila rujuk senarai ini untuk mencari Pusat Bantuan Guaman terdekat di kawasan anda.
Bahan berkaitan Perlindungan Undang-Undang
Webinar Perlindungan Undang-Undang
Anda Ada Soalan?
Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Soalan Lazim Perlindungan Undang-Undang.





