Skim Penipuan dan Gambaran yang Salah Tentang UNHCR

Isnin / 22 Jun 2020

UNHCR telah menerima laporan mengenai skim mengutip dana yang dijalankan oleh beberapa individu yang berpura-pura mengaitkan diri mereka dengan UNHCR. Kami ingin memberi amaran kepada para penyokong dan masyarakat umum agar berhati-hati dengan kegiatan tersebut.

Bagaimana anda tahu jika pengumpul dana UNHCR itu sah?

  • Anda mungkin pernah jumpa dengan pengumpul dana kami di pusat membeli-belah atau di jalanan. Pengumpul dana yang mewakili UNHCR akan mengenakan rompi yang tertera dengan logo UNHCR serta membawa kad pengenalan dan dokumen rasmi. Mereka juga membawa bahan rujukan untuk mengumpul dana, termasuk gegantung dan risalah tentang UNHCR. Sekiranya anda ragu-ragu, anda boleh menghubungi UNHCR untuk membuat pengesahan.
  • Pengumpul dana kami tidak akan meminta anda memberikan wang tunai, sama ada secara peribadi atau melalui e-mel/pesanan teks. Semua sumbangan dibuat hanya melalui kad kredit dan kad debit, menggunakan teknologi kad kredit yang selamat.
  • Sekiranya anda menerima mesej mencurigakan yang didakwa dari UNHCR melalui e-mel atau pesanan teks. sila hubungi kami untuk membuat pengesahan. Jangan beri maklumat peribadi. atau membuat pembayaran atau sumbangan sekiranya anda tidak pasti akan kesahihan e-mel atau pesanan teks itu.
  • Untuk hubungi kami bagi tujuan pengesahan ataupun untuk melaporkan aktiviti mencurigakan, sila hubungi +(603) 2773 2828 atau emel donormalaysia@unhcr.org

Harap maklum bahawa UNHCR menguatkuasakan dasar toleransi sifar terhadap penipuan. Penggunaan nama, logo, atau petunjuk di PBB / UNHCR / UNHCR Malaysia secara tidak sah dalam skema ini adalah tidak dibenarkan. Kegiatan tersebut akan dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tindakan sewajarnya.



Share