Vaksinasi COVID-19 Sedia Ada di Klinik Kerajaan dah Klinik Swasta Terpilih

Selasa / 09 November 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan yang pelarian, pemohon suaka dan individu tanpa dokumen boleh melawat klinik swasta terpilih dan klinik kerajaan untuk vaksinasi COVID-19. Anda mungkin perlu menyemak terlebih dahulu dengan klinik dan hospital yang tersenarai untuk jenis-jenis vaksin yang ada, dan sama ada mereka menyediakan vaksinasi untuk dewasa dan remaja. Pemberian vaksin adalah percuma.

Mereka yang belum menerima dos vaksin COVID-19 yang pertama atau kedua perlu menghubungi mana-mana klinik yang disenaraikan untuk mendapatkan temujanji. Ini termasuklah mereka yang sudah menerima dos pertama tetapi gagal menghadiri temujanji dos kedua.

Sila telefon atau emel mana-mana klinik yang tersenarai untuk dapatkan temujanji anda. Kemudian, pergi ke klinik tersebut pada hari temujanji anda untuk menerima vaksin. Kehadiran tanpa temujanji tidak akan dilayan.

Senarai klinik swasta dan klinik kerajaan boleh dilihat di sini.



Share