UNHCR sedang mengumpul data mengenai liputan vaksinasi COVID-19 di kalangan pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar dengan UNHCR. Ini membolehkan kami mengetahui tahap liputan vaksin dan mencari cara untuk memastikan semua orang divaksin. Harap maklum yang ini adalah untuk individu yang berdaftar dan memegang dokumen UNHCR sahaja. Ini tidak termasuk mereka yang belum didaftar dan pemegang kad temujanji (appointment card).
Jika anda sudah menerima dos vaksin COVID-19 yang lengkap, sila isi borang ini.
Video panduan yang menerangkan cara-cara untuk mengisi borang boleh didapati di sini.
Kami menghargai sokongan anda dalam memastikan maklumat ini dikemas kini. Kami juga meminta pertolongan anda untuk menggalakkan pelarian dan pemohon suaka yang lain supaya mengisi borang ini.
Nota: Borang di atas boleh dibuka menggunai pelayar web Chrome, Firefox, Edge dan Opera.