Berhati-hati Dengan Penipuan: Ketua Komuniti

Rabu / 15 Februari 2023

UNHCR telah menerima laporan tentang seorang individu yang mendakwa mempunyai hubungan istimewa dengan UNHCR disebabkan status dia sebagai ketua komuniti. Individu ini meminta wang daripada para pelarian untuk mempercepatkan proses Penentuan Status Pelarian (RSD) dan Penempatan Semula ke beberapa negara, termasuk Kanada, Australia dan United Kingdom.

Ini adalah satu penipuan. Semua perkhidmatan UNHCR adalah percuma. Anda tidak boleh membayar mana-mana kakitangan UNHCR atau mana-mana individu untuk memproses kes anda untuk Pendaftaran, Penentuan Status Pelarian (RSD), Penempatan Semula (Resettlement) atau untuk sebarang sebab lain.

Berhati-hati dengan individu yang mendakwa mereka mempunyai hubungan istimewa dengan UNHCR dan boleh mendapatkan penempatan semula ke Kanada, Australia, United Kingdom dan negara lain kepada anda dengan syarat dia dibayar. Jangan kongsi maklumat peribadi anda dengan mana-mana individu yang tidak dikenali.

UNHCR tidak membenarkan ketua komuniti mengambil wang atau perkhidmatan daripada orang pelarian dan pemohon suaka apabila membantu mereka dengan proses UNHCR.

UNHCR tidak akan sekali-kali meminta ketua komuniti atau kumpulan komuniti untuk mengumpul wang daripada orang pelarian sebagai pertukaran untuk dokumen UNHCR, temu duga, temujanji atau penempatan di negara ketiga.

Mana-mana ketua komuniti atau kumpulan komuniti yang terlibat dalam menerima wang atau perkhidmatan daripada pelarian sebagai pertukaran untuk proses UNHCR akan ditamatkan tugas mereka oleh UNHCR.

Kad UNHCR anda tidak akan dibatalkan dan kes anda tidak akan ditangguhkan atau ditutup jika anda melaporkan aktiviti yang mencurigakan kepada UNHCR.

Jika anda dihubungi oleh individu yang mendakwa boleh menyediakan perkhimatan UNHCR (Pendaftaran, RSD, Penempatan Semula dan lain lain) dengan syarat dia dibayar, laporkan perkara ini kepada:

Untuk maklumat lanjut tentang proses dan bantuan UNHCR, sila rujuk laman web Refugee Malaysia.



Share