Soalan Lazim Pendaftaran Dengan UNHCR
Siapa yang akan diberi keutamaan untuk pendaftaran baharu?
UNHCR mengutamakan permintaan yang dibuat pada atau sebelum 2019, dan terutamanya individu yang berisiko. Contoh individu yang berisiko adalah wanita berisiko, kanak-kanak berisiko, warga emas berisiko, orang kurang upaya, orang yang mempunyai masalah kesihatan serius, dan orang yang menghadapi risiko penangkapan atau penghantaran pulang dalam waktu terdekat. Bukan semua kanak-kanak, warga emas, wanita, ataupun wanita hamil dianggap sebagai berisiko. Hanya jika mereka menghadapi risiko perlindungan yang lebih tinggi atau mempunyai keperluan khusus tambahan, dia akan dipertimbangkan untuk pendaftaran dipercepatkan
Apa yang perlu saya bawa ke temu duga pendaftaran saya?
Sila bawa semua dokumen yang berkaitan dengan kes anda seperti pasport, kertas pengenalan diri, sijil perkahwinan, sijil kelahiran, dokumen hospital, banci keluarga atau dokumen pengenalan kebangsaan, buku perkhidmatan tentera dan bukti pendaftaran sebelumnya dengan UNHCR dan/atau Pejabat UNRWA yang lain. Sila bawa juga botol air dan makanan anda sendiri ke pejabat UNHCR kerana tiada kedai berdekatan dan tempoh menunggu di pejabat mungkin lebih lama daripada yang anda jangkakan.