UNHCR telah mengenal pasti individu Rohingya di YouTube yang mengaku boleh memberikan akses kepada proses-proses UNHCR. Individu tersebut telah menyiarkan video memakai jaket UNHCR, memberi tanggapan bahawa dia adalah kakitangan UNHCR dan/atau berhubung dengan UNHCR. Dalam video tersebut, dia menggalakkan individu memohon perkhidmatan UNHCR melalui pautan. Beliau juga berkongsi pautan ke laman web Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi / International Organization for Migration (IOM) menggunakan logo IOM dan halaman WhatsApp menggunakan logo UNHCR untuk mencari maklumat peribadi.
Ini adalah satu penipuan. Individu tersebut bukan kakitangan UNHCR atau IOM. Dia tidak mempunyai kaitan dengan UNHCR atau IOM. Dia tidak mempunyai kuasa atau keupayaan untuk mengeluarkan dokumen UNHCR atau meminta maklumat peribadi daripada sesiapa.
Sila ambil perhatian bahawa UNHCR dan IOM tidak akan meminta wang daripada anda. Berhati-hati terhadap individu yang mendakwa boleh membantu anda mendapatkan dokumen UNHCR, mengakses perkhidmatan UNHCR atau IOM atau mempercepatkan kes anda dengan syarat pertukaran wang. Jangan kongsi maklumat peribadi anda dengan mereka.
Jika anda terjumpa individu yang mendakwa boleh menyediakan perkhidmatan UNHCR (dokumen UNHCR, RSD, penempatan di negara ketiga dan lain-lain) dengan syarat dia dibayar, laporkan perkara ini kepada:
- Polis
- UNHCR melalui borang ini
Kad UNHCR anda tidak akan dibatalkan dan kes anda tidak akan ditangguhkan atau ditutup jika anda melaporkan aktiviti yang mencurigakan kepada UNHCR.
Untuk maklumat lanjut tentang proses dan bantuan UNHCR, sila rujuk laman web Refugee Malaysia.